Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#Covid-19 Malaysia Overview 5 August: RECORD HIGHEST EVER New- 20,596 | Deaths- 164 | Total- 1,203,706

Kenyataan Akhbar KPK 5 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

5 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 13,893 kes (976,626 kes kumulatif, 81.1%);
  • Kes baharu : 20,596 kes (1,203,706 kes kumulatif);
  • Kes import : 34 kes (7 warganegara, 27 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,562 kes [17,021 warganegara (82.8%);  3,541 bukan warganegara (17.2%)];
  • Kes aktif : 217,061 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,078 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 549 kes;
  • Kes kematian : 164 kes (10,019 kes kumulatif, 0.83%; 150 warganegara, 14 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,829 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 33 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,652 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,177 kluster.

Daripada 20,596 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 398 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,198 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 4,660 kes (22.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 164 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 45 kes di Selangor, 27 kes di Johor, 24 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 18 kes di Kedah, 10 kes di Perak,  masing-masing sembilan (9) kes  di Sabah, Pulau Pinang, dan Melaka, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, masing-masing dua (2) kes  di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes  di Kelantan dan Terengganu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 4 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 4 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.31) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.26), dan Perak (nilai RT 1.22). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 Ogos 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 OGOS 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 8,549 (5) 442,574
WP KUALA LUMPUR 2,163 (11) 133,588
JOHOR 1,300 (13) 96,687
SABAH 1,062 89,910
SARAWAK 759 (4) 79,522
NEGERI SEMBILAN 989 75,767
KEDAH 1,446 52,103
PULAU PINANG 1,022 49,939
KELANTAN 772 46,695
PERAK 916 (1) 41,665
MELAKA 622 34,153
PAHANG 426 27,199
TERENGGANU 501 19,213
WP LABUAN 15 9,698
WP PUTRAJAYA 50 4,237
PERLIS 4 756
JUMLAH KESELURUHAN 20,596 (34) 1,203,706

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 5 OGOS 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Tapak Bina Warisan Tropika Tempat Kerja Selangor Sepang 143 280
2 Industri Teratai Lapan Tempat Kerja Selangor Klang 51 155
3 Jalan Batu Caves Tempat Kerja Selangor Gombak dan Hulu Selangor 48 150
4 Industri Jalan Aman Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor 41 117
5 Industri Persiaran Kuala Langat Tempat Kerja Selangor Petaling 170 306
6 Jalan Dagang Mas Tempat Kerja Selangor Sepang 10 21
7 Tapak Bina Jalan Perigi Lapan Tempat Kerja Selangor Klang dan Petaling 38 42
8 Industri Simpang Baba Tempat Kerja Johor Muar 43 64
9 Industri Jalan Nanas Tiga Tempat Kerja
Loading...
230, 230); padding: 10px 13.3333px;">Johor Pontian 34 209 10 Perindustrian Sri Plentong 2 Tempat Kerja Johor Johor Bahru 20 105 11 Industri Mega Satu Tempat Kerja Johor Johor Bahru 10 212 12 Industri Lot 26 Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin 36 87 13 Industri Plot Lapan Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 31 607 14 Jalan Debunga Satu Tempat Kerja Melaka Jasin 24 50 15 Solok Perusahaan Tiga Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah 122 164 16 Tapak Bina Presint Tujuh 2 Tempat Kerja WP Putrajaya Putrajaya 16 22 17 Jalan Bukit Lata Tempat Kerja Kelantan Pasir Mas 15 20 18 Kuala Balah Jeli Tempat Kerja Kelantan Jeli 27 55 19 Kampung Tok Jawa Tawang Komuniti Kelantan Bachok, Kota Bharu, dan Machang 23 39 20 Batu Balai Kuala Krai Komuniti Kelantan Kuala Krai 22 27 21 Jalan Masjid Kok Lanas Komuniti Kelantan Kota Bharu 16 25 22 Chiku Gua Musang Komuniti Kelantan Gua Musang 13 19 23 Kampung Takang Komuniti Kelantan Bachok 10 36 24 Padang Chenok Salor Komuniti Kelantan Kota Bharu 8 13 25 Kampung Bintawa Ulu Komuniti Sarawak Kuching 72 125 26 Kampung Sebat Melayu Komuniti Sarawak Lundu 39 141 27 Kampung Semban Komuniti Sarawak Kuching 24 27 28 Nanga Serenggas Komuniti Sarawak Tatau 19 63 29 Dah Kampung Chichak Komuniti Kedah Sik 17 30 30 Guntur Komuniti Negeri Sembilan Kuala Pilah 12 33 31 Dah Pagar Kuah Pusat Tahanan Kedah Langkawi 36 112 32 Bukit Palah 2 Kumpulan Berisiko Tinggi Melaka Alor Gajah, Jasin, dan Melaka Tengah 27 94 33 Tembok Bendera 2 Pusat Tahanan Perak Kinta 17 38


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 4 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT
KELANTAN 1.31
TERENGGANU 1.26
PERAK 1.22
PAHANG 1.22
PULAU PINANG 1.19
SABAH 1.17
KEDAH 1.16
JOHOR 1.14
WP KUALA LUMPUR 1.13
SARAWAK 1.11
SELANGOR 1.08
WP PUTRAJAYA 1.08
MELAKA 1.06
NEGERI SEMBILAN 0.94
PERLIS 0
WP LABUAN 0
JUMLAH KESELURUHAN 1.07
Loading...
Back To Top