Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

#Covid-19 Malaysia 24/8 : 211 New Deaths | Record New Cases- 20,837 | Active- 262,713 |Total - 1,593,602 |

Kenyataan Akhbar KPK 24 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

24 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 18,613 kes (1,316,336 kes kumulatif, 82.6%);
  • Kes baharu : 20,837 kes (1,593,602 kes kumulatif);
  • Kes import : 22 kes (12 warganegara, 10 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,815 kes [17,440 warganegara (83.8%);  3,375 bukan warganegara (16.2%)];
  • Kes aktif : 262,713 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,063 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 511 kes;
  • Kes kematian : 211 kes [14,553 kes kumulatif, 0.91%;
  • 187 warganegara, 24 bukan warganegara;
  • 40 kes BID (26 warganegara; 14 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,506 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 34 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,060 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,446 kluster.

Daripada 20,837 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 358 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,479 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 16,949 kes (81.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 211 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 41 kes di Johor, 36 kes di Selangor, 32 kes di Kedah, 23 kes di Pulau Pinang, 17 kes di Sabah, 16 kes di Perak, 12 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan (9) kes di Pahang, lima (5) kes di Terengganu, masing-masing  tiga (3) kes di Kelantan dan Melaka, serta masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Perlis.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 23 OGOS 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 23 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.01. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.26), diikuti oleh Perlis (nilai1.25), dan Sabah (nilai RT 1.19). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 20,837 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 4,645 361 2,312 14 1,958
SABAH 3,376 164 2,094  – 1,118
PULAU PINANG 2,054 274 684  – 1,096
KEDAH 1,772 31 1,152  – 589
JOHOR 1,743 338 897  – 508
SARAWAK 1,543 356 819  – 368
KELANTAN 1,422 106 975  – 341
WP KUALA LUMPUR 1,284 19 508 4 753
PERAK 1,242 132 496  – 614
PAHANG 521 80 346  – 95
MELAKA 396 108 111  – 177
TERENGGANU 383 37 266  – 80
NEGERI SEMBILAN 351 19 139 4 189
 PERLIS 74 29 20  – 25
WP PUTRAJAYA 27 17  – 10
WP LABUAN 4 3  – 1
JUMLAH KESELURUHAN 20,837 2,054 10,839 22 7,922

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 24 OGOS 2021

NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Tapak Bina Bukit Mahkota Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 122 148
2 Tapak Bina Jalan Lapan Olak Lempit Tempat Kerja Selangor Kuala Langat dan Klang 58 80
3 Industri Jalan P/2A Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 53
Loading...
white;">78 4 Industri Jalan Puchong Kajang Tempat Kerja Selangor Sepang dan Petaling 33 125 5 Tapak Bina Jalan Tampin Tempat Kerja Selangor Klang 19 32 6 Industri Meranti Permai Satu Tempat Kerja Selangor Sepang, Petaling, dan Hulu Langat 10 43 7 Jalan Industri Bukit Panchor Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 81 232 8 Tapak Bina Persiaran Cassia Selatan Tiga Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 31 121 9 Tingkat Perusahaan 4B Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 30 181 10 Persiaran Bayan Lepas Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Tengah 27 1500 11 Lorong Perusahaan Maju 11 Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 18 43 12 Industri Jalan Bukit Tambun Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 13 26 13 Industri Jalan 5A/44 Kemumin Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 14 20 14 Jalan Doktor Kota Bharu Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 10 15 15 Batu Empat Jalan Kuala Krai Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 9 20 16 Tapak Bina Persisiran Sutera Tempat Kerja Johor Johor Bahru 82 109 17 Jalan Hasil Dua Tempat Kerja Johor Johor Bahru 12 47 18 Jalan Kempas Dua Desaru Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 11 65 19 Industri Sawit Jalan Rim Tempat Kerja Melaka Jasin 38 51 20 Jalan Perindustrian Rembia Satu Tempat Kerja Melaka Alor Gajah 30 131 21 Sungai Pin 3 Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 55 83 22 Simpang Tiga Rungkup Tempat Kerja Perak Hilir Perak 30 104 23 Kampung Palas Merah Komuniti Kelantan Tumpat 13 14 24 Kampung Bechak Mulong Komuniti Kelantan Kota Bharu 13 19 25 Kampung Padang Dalam Kedai Lalat Komuniti Kelantan Kota Bharu 13 19 26 Kampung Binjal Bunut Susu Komuniti Kelantan Pasir Mas 10 10 27 Kampung Masai Asal Komuniti Johor Johor Bahru 60 231 28 Kampung Jawa Kota Tinggi Komuniti Johor Kota Tinggi 7 60 29 Desa Kenanga Komuniti Pahang Rompin 14 552 30 Nanga Pelugau Komuniti Sarawak Selangau 24 59 31 Kampung Rhu Muda Komuniti Terengganu Marang 62 116 32 Jalan Syers Kumpulan Berisiko Tinggi WP Kuala Lumpur Kepong 27 72 33 Lorong Haji Mughni Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Klang 8 74 34 Tembok Kok Klang Pusat Tahanan Perlis Kangar 100 160


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 23 OGOS 2021

NEGERI NILAI RT
SARAWAK 1.26
 PERLIS 1.25
SABAH 1.19
PULAU PINANG 1.14
KELANTAN 1.10
KEDAH 1.08
PERAK 1.06
TERENGGANU 1.06
JOHOR 1.05
MELAKA 1.05
PAHANG 1.01
SELANGOR 0.96
WP KUALA LUMPUR 0.90
NEGERI SEMBILAN 0.85
WP PUTRAJAYA 0.81
WP LABUAN 0
MALAYSIA 1.01

 

Loading...
Back To Top