Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tokyo 2020: Panahan 'Perfect 10' Atlet Korea Singkir Khairul Anuar (Video)

Khairul Anuar Mohamad tersingkir daripada pusingan 16 acara recurve individu lelaki. - Stadium Astro

Tokyo 2020: Panahan 'Perfect 10' atlet Korea singkir Khairul Anuar

Astro Arena
31/7/2021

TOKYO: Cabaran pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir selepas tersingkir daripada pusingan 16 acara recurve individu lelaki sebentar tadi.

Pemanah berpengalaman Khairul Anuar, sebelum ini menampilkan aksi cemerlang menempah slot ke pusingan 16 apabila mengatasi wakil
Loading...
Finland, Antti Vikstrom, dan wakil China, Wang Dapeng.

Bertemu atlet pilihan kelima kejohanan, Kim Woo-jin, yang telah memenangi pingat emas acara berpasukan lelaki, menjadi halangan buat Khairul Anuar dalam merebut slot ke suku akhir.

Bagaimanapun, Woo-jin membuktikan kemampuannya dalam pertembungan dengan wakil negara apabila memastikan kemenangan dalam tiga set dengan keputusan 6-0.

Di sebalik panahan yang cemerlang ditampilkan Khairul Anuar, 'perfect 10' daripada Woo-jin menjadi pemisah antara kedua-dua atlet sekaligus menyaksikan cabaran Malaysia terhenti dalam pusingan 16.

FOR MORE NEWS GO TO:



Loading...
Back To Top