Loading...
![]() |
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai di Selangor supaya memilih lokasi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) terdekat bagi mengelak kesesakan di Stadium Melawati Shah Alam |
Pergi ke CAC terdekat, elak kesesakan di Stadium Melawati - KP Kesihatan
BERNAMA
13/7/2021
KUALA LUMPUR, 13 Julai -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai di Selangor supaya memilih lokasi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) terdekat bagi mengelak kesesakan di Stadium Melawati Shah Alam.
Menerusi perkongsian di Twitternya, Dr Noor Hisham berkata terdapat 12 lagi CAC di negeri itu yang boleh dikunjungi orang ramai iaitu masing-masing satu di daerah Klang dan Hulu Selangor serta 10 di daerah Gombak.
Berdasarkan infografik dikongsi, CAC daerah Klang terletak di Dewan Sukan Klang (Dewan Sri Andalas) sementara CAC daerah Hulu Selangor adalah di Klinik Desa Ulu Yam Lama.
Selain itu di daerah Gombak, CAC yang boleh dikunjungi adalah Klinik Kesihatan (KK) Kuang; KK Batu 8; KK AU2; KK Hulu Kelang; KK Taman Ehsan; KK Batu Arang; KK Sungai Buloh; KK Selayang Baru; KK Rawang dan KK Gombak Setia.
Dimaklumkan senarai CAC di negeri selangor. Orang ramai dinasihatkan tidak hanya tertumpu kepada CAC stadium melawati sahaja. Sila ke CAC terdekat di kawasan masing-masing untuk elakkan kesesakan. pic.twitter.com/hLzyELZK6R
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 13, 2021
Loading...