![]() |
Pemberian Dos 1 & 2 |
![]() |
Jumlah kumulatif penerima dos pertama di seluruh negara kini telah mencapai 20.2 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia. - Foto: Bernama |
COVID-19: Pemberian dos harian lepasi 300,000, 20.2 peratus penduduk sudah terima dos pertama - Khairy
Astro Awani
PUTRAJAYA: Jumlah pemberian harian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di seluruh negara semalam, telah melepasi angka 300,000 buat kali pertama, iaitu 313,761, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Menerusi paparan grafik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang beliau kongsikan hari ini, penerima dos pertama semalam ialah seramai 196,603 orang, manakala penerima dos kedua ialah 117,158 orang.
Selain itu, jumlah kumulatif penerima dos pertama di seluruh negara kini telah mencapai 20.2 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia, iaitu seramai 6,585,002 orang.
Berdasarkan grafik terbabit, rakyat Selangor merupakan yang tertinggi menerima dos vaksin semalam, iaitu 48,693 penerima dos pertama, dan 19,402 penerima dos
Ia diikuti Sarawak dengan 29,376 penerima dos pertama, dan 26,692 penerima dos kedua, dengan jumlah keseluruhan seramai 56,068 orang.
Kuala Lumpur pula di tempat ketiga, dengan 37,838 orang penerima dos pertama, dan 10,639 orang penerima dos kedua, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 48,477 orang.
230,115 average daily doses administered by @JKJAVMY for period of 28 June - 4 July, a record.
— Dimishtra (@dimishtra) July 5, 2021
1,610,805 doses for the week.
We are aiming to increase this to more than 300,000 daily doses for July.#LindungDiriLindungSemua
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 5 Julai 2021 ialah 9,320,476 dos.
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 6, 2021
313,761 dos pada 5 Julai, yang tertinggi setakat ini.
Jumlah yg terima dos pertama ialah 6,585,002 orang. Daripada jumlah itu, 2,735,474 orang juga terima dos kedua. pic.twitter.com/tihkQJll4q
Kita telah berjaya mencatatkan kadar vaksinasi sebanyak 300,000 dos sehari pada 5 Julai 2021 dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Ini adalah konsisten ke arah usaha untuk mencapai sasaran Pelan Pemulihan Negara. @MuhyiddinYassin https://t.co/4p9vKEsmFe
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) July 6, 2021