Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Malaysia Covid-19 Status Report 7/7 : New Cases- 7,097 | Deaths- 91


Kenyataan Akhbar KPK 7 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

7 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,863 kes (719,678 kes kumulatif, 90.0%);
  • Kes baharu : 7,097 kes (799,790 kes kumulatif);
  • Kes import : 26 kes (15 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 7,071 kes [5,521 warganegara (78.1%); 1,550 bukan warganegara (21.9%)];
  • Kes aktif : 74,344 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 948 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 441 kes;
  • Kes kematian : 91 kes (5,768 kes kumulatif, 0.72%; 79 warganegara, 12 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,970 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 18 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,120 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 850 kluster.

Sebanyak 91 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 47 kes di Selangor, 16 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing empat (4) kes di Johor dan Melaka, tiga (3) kes di Sarawak, dua (2) kes di Perak, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Kedah.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 6 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 6 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.25). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Pahang (nilai RT 1.18), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.16), Selangor (nilai RT 1.12), Kedah (nilai RT 1.11), Melaka (nilai RT 1.08), Sabah (nilai RT 1.04), Pulau Pinang (1.03), dan Negeri Sembilan (nilai R1.01).

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

SITUASI TERKINI KAPASITI HOSPITAL BERDASARKAN NILAI AMBANG PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

KKM ingin memaklumkan bahawa jumlah purata kes baharu harian selama tujuh (7) hari (30 Jun 2021 hingga 6 Julai 2021) adalah sebanyak 6,539 kes. Ini didapati masih tinggi berbanding nilai ambang PPN iaitu kurang daripada 4,000 kes sehari (atau 12.2 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk). Nilai ambang 4,000 kes baharu harian ini adalah ditetapkan berdasarkan kapasiti hospital menghadapi situasi luar jangka, kadar kemasukan kes ke wad dan kadar discaj kes semasa. Negeri yang mencatatkan bilangan kes baharu melebihi nilai 12.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk adalah Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sarawak, dan Pahang.

Lebih membimbangkan lagi, tren kemasukan kes-kes COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) masih berada pada tahap yang tinggi. Ianya tidak menunjukkan penurunan yang ketara sejak dari Minggu Epidemiologi (ME) ke-23 (6 Jun 2021 hingga 12 Jun 2021) hingga kini, di mana jumlah penggunaan katil ICU masih melebihi 90 peratus. Pada masa yang sama, petugas barisan hadapan (Perubatan dan Kesihatan) mengalami gelaja burnout kerana terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes COVID-19 untuk tempoh yang kian berlarutan.

Graf 1: Jumlah kes berkaitan COVID-19 yang dimasukkan ke ICU bagi tahun 2021


Graf 2: Jumlah katil ICU bagi kes berkaitan COVID-19 dan kadar penggunaan katil bagi tahun 2021

Sehingga kini, empat (4) negeri menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri tersebut (> 38 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk) adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes harian baharu yang dilaporkan tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan malah kes meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh (7) hari kebelakangan ini. Jika situasi ini berterusan, sistem kesihatan di negeri-negeri tersebut akan lumpuh dan seterusnya
situasi yang sama bagi seluruh negara mungkin berlaku.

Jadual 1: Status purata kes tujuh (7) hari kebelakangan di seluruh negara

KKM khuatir dengan situasi ini dan mengambil langkah segera bagi meningkatkan lagi kapasiti merawat COVID-19 di lapangan. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah:

  • Penukaran beberapa hospital di kawasan Lembah Klang sebagai Full COVID-19 Hospital, misalnya Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh, dan Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia;
  • Meningkatkan lagi kapasiti katil Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk dijadikan sebagai pusat rawatan pesakit kategori 4 dan 5;
  • Memindahkan pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta terutamanya sekitar HKL dan HTAR melalui mekanisma penyumberan luar;
  • Mempertimbang menukar status Hospital Shah Alam bagi merawat kes-kes COVID-19; 
  • Menaik taraf kegunaan katil (repurpose bed) di wad biasa kepada katil rawatan pesakit kritikal COVID-19; 
  • Menambah kapasiti katil-katil bagi menempatkan pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Awam khusus dalam merawat pesakit COVID-19;
  • Cadangan menggunakan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai hospital COVID-19;
  • Bekerjasama dengan 112 buah hospital swasta khususnya di Lembah Klang bagi rawatan pesakit COVID-19 di katil wad biasa dan di katil ICU;
  • Menggalakkan penubuhan lebih banyak Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian fasiliti kesihatan swasta; dan
  • Memobilisasikan lebih ramai petugas kesihatan dari negeri-negeri PPN Fasa 2 ke negeri-negeri kritikal bagi tujuan rawatan pesakit, mobilisasi anggota dari hospital swasta dan menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti mengawal wabak COVID-19 dan vaksinasi.

Negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa 2 dinasihatkan untuk terus mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan bagi memastikan situasi di negeri-negeri tersebut dapat terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya bagi mempercepatkan proses pemulihan sektor kesihatan, ekonomi, dan sosial.

Pada masa yang sama, KKM menggalakkan semua negeri untuk terus menjalin dan menggandakan kerjasama antara semua pihak dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negeri masing-masing.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 3,119 (5) 268,841
WP KUALA LUMPUR 1,005 (20) 83,909
JOHOR 224 73,386
SABAH 244 71,189
SARAWAK 289 (1) 67,560
NEGERI SEMBILAN 788 49,417
PULAU PINANG 140 35,817
KELANTAN 123 35,616
PERAK 187 27,974
KEDAH 198 27,061
MELAKA 358 20,357
PAHANG 258 15,235
TERENGGANU 43 11,521
WP LABUAN 93 8,858
WP PUTRAJAYA 26 2,448
 PERLIS 2 601
JUMLAH KESELURUHAN 7,097 (26) 799,790

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 91 kes kematian pada 7 Julai 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian Negeri Jantina (Warganegara) Umur (Tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang Penyakit
5678 Johor Lelaki (WN) 30 Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Obesiti
5679 Sarawak Perempuan (WN) 82 Hospital Sibu
5680 Selangor Lelaki (WN) 54 Hospital Serdang Darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang
5681 Selangor Lelaki (WN) 54 Hospital Serdang Kencing manis dan darah tinggi
5682 Kelantan Perempuan (WN) 77 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Darah tinggi
5683 Selangor Lelaki (WN) 76 Hospital Selayang Darah tinggi
5684 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 55 Hospital Jempol Kanser
5685 Selangor Perempuan (WN) 39 Hospital Kajang
5686 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Serdang Dislipidemia
5687 Selangor Lelaki (WN) 58 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5688 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 64 Hospital Jempol Kencing manis dan darah tinggi
5689 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Serdang Darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
5690 Sarawak Lelaki (WN) 52 Hospital Sibu Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5691 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 61 Hospital Jelebu Kencing manis dan darah tinggi
5692 Selangor Lelaki (WN) 63 Hospital Serdang Dislipidemia
5693 Selangor Lelaki (WN) 67 Hospital Serdang Darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang
5694 Selangor Lelaki (WN) 25 Hospital Serdang
5695 Johor Perempuan (WN) 25 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Obesiti
5696 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 64 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi dan obesiti
5697 Selangor Lelaki (WN) 63 Hospital Serdang Strok
5698 Melaka Lelaki (WN) 26 Hospital Melaka
5699 Selangor Perempuan (WN) 51 Hospital Sungai Buloh
5700 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 88 Hospital Jelebu Darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5701 Selangor Lelaki (WN) 59 Hospital Serdang Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5702 Selangor Lelaki (WN) 54 Hospital Serdang Kencing manis dan darah tinggi
5703 Johor Lelaki (WN) 31 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan obesiti
5704 Selangor Lelaki (WN) 58 Hospital Putrajaya Darah tinggi
5705 Selangor Lelaki (WN) 69 Pusat Perubatan Universiti Malaya Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
5706 Selangor Lelaki (WN) 48 Hospital Putrajaya
5707 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 80 Hospital Jempol
5708 Selangor Perempuan (WN) 63 Hospital Selayang Kencing manis
5709 Melaka Lelaki (WN) 54 Hospital Melaka Dislipidemia
5710 Selangor Lelaki (WN) 77 Hospital Rehabilitasi Cheras Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5711 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 68 Hospital Jempol
5712 Selangor Lelaki (WN) 43 Jenazah dibawa ke Hospital Kajang
5713 Sarawak Perempuan (WN) 60 Hospital Sibu Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang
5714 Selangor Lelaki (WN) 63 Hospital Selayang Kencing manis, dan darah tinggi
5715 Selangor Lelaki (WN) 69 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi, dan buah pinggang
5716 Selangor Lelaki (WN) 52 Hospital Selayang Kencing manis, dan darah tinggi
5717 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 73 Hospital Jempol Kencing manis dan darah tinggi
5718 Pahang Lelaki (WN) 62 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Tuberkulosis
5719 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 72 Hospital Selayang Kencing manis dan darah tinggi
5720 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 51 Hospital Jempol Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
5721 Selangor Perempuan (WN) 72 Hospital Banting Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5722 Selangor Perempuan (WN) 44 Jenazah dibawa ke Hospital Selayang Kencing manis
5723 Selangor Lelaki (WN) 81 KPJ Damansara Darah tinggi dan kanser
5724 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 60 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Darah tinggi dan asma
5725 Selangor Lelaki (WN) 70 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5726 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 69 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5727 Kedah Lelaki (WN) 78 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kencing manis, darah tinggi, strok, dan jantung
5728 Melaka Perempuan (WN) 46 Hospital Melaka Kencing manis
5729 Selangor Perempuan (WN) 98 Hospital Banting Kencing manis dan darah tinggi
5730 Selangor Perempuan (WN) 46 Institut Kanser Negara Kanser
5731 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 71 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5732 Perak Lelaki (WN) 67 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Loading...
230, 230); padding: 10px 13.3333px;">Kencing manis 5733 Selangor Perempuan (WN) 78 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Kencing manis, darah tinggi, dan jantung 5734 Selangor Perempuan (WN) 46 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia 5735 Perak Perempuan (WN) 80 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Kencing manis, darah tinggi, dan jantung 5736 Melaka Lelaki (WN) 55 Hospital Melaka Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang 5737 Selangor Lelaki (WN) 70 Hospital Serdang 5738 Selangor Lelaki (WN) 77 Hospital Serdang Kencing manis 5739 Selangor Perempuan (WN) 74 Hospital Serdang Bullous Phemphigoid 5740 Selangor Perempuan (WN) 73 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kanser 5741 Selangor Perempuan (WN) 66 Hospital Rembau Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung 5742 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Sungai Buloh Kencing manis 5743 Terengganu Lelaki (WN) 42 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Kencing manis, darah tinggi, dan hati 5744 Selangor Perempuan (WN) 83 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang 5745 Selangor Lelaki (WN) 63 Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang 5746 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 75 Pusat Perubatan Universiti Malaya Kencing manis, darah tinggi, dan kanser 5747 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 72 Hospital Kuala Lumpur Darah tinggi, dislipidemia, dan jantung 5748 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 56 Hospital Ampang Darah tinggi dan asma 5749 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 55 Hospital Selayang Kencing manis, darah tinggi, dan jantung 5750 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 51 Hospital Kuala Lumpur Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok 5751 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 98 Hospital Jelebu Darah tinggi dan jantung 5752 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 80 Hospital Rembau Kencing manis, darah tinggi, dan strok 5753 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 78 Hospital Rembau Darah tinggi dan dislipidemia 5754 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 78 Hospital Jelebu Darah tinggi, jantung, dan kanser 5755 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 73 Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah Darah 5756 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 61 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Tiroid 5757 Selangor Perempuan (BWN) 69 Hospital Selayang Darah tinggi 5758 WP Labuan Lelaki (BWN) 49 Hospital Labuan Tuberkulosis 5759 Selangor Lelaki (BWN) 45 Jenazah dibawa ke Hospital Kajang 5760 WP Kuala Lumpur Perempuan (BWN) 51 Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya 5761 Selangor Perempuan (BWN) 42 Jenazah dibawa ke Hospital Kajang 5762 Johor Lelaki (BWN) 32 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Obesiti 5763 Selangor Perempuan (BWN) 42 Hospital Serdang Kencing manis 5764 Selangor Lelaki (BWN) 44 Jenazah dibawa ke Hospital Kajang 5765 Selangor Perempuan (BWN) 63 Hospital Selayang Kencing manis 5766 Selangor Lelaki (BWN) 57 Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras 5767 Selangor Perempuan (BWN) 50 Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kencing manis 5768 WP Kuala Lumpur Perempuan (BWN) 60 Hospital Selayang Kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 7,097 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 3,119 240 1,503 5 1,371
WP KUALA LUMPUR 1,005 334 318 20 333
NEGERI SEMBILAN 788 268 292 228
MELAKA 358 207 115 36
SARAWAK 289 36 195 1 57
PAHANG 258 136 99 23
SABAH 244 63 79 102
JOHOR 224 61 124 39
KEDAH 198 64 91 43
PERAK 187 121 46 20
PULAU PINANG 140 44 34 62
KELANTAN 123 42 44 37
WP LABUAN 93 2 59 32
TERENGGANU 43 20 11 12
WP PUTRAJAYA 26 10 16
 PERLIS 2 1 1
JUMLAH KESELURUHAN 7,097 1,638 3,021 26 2,412

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 7 JULAI 2021

No.  Nama Kluster  Kategori  Kluster  Negeri  Daerah  Jumlah Kes  Jumlah disaring 
1 Lorong Tiga Kampung Siol Kandis Komuniti Sarawak Kuching dan Samarahan 69 213
2 Sungai Bedil Besar Komuniti Sarawak Kuching 31 94
3 Pintasan Kota Belud Komuniti Sabah Kota Belud 18 34
4 Siasai Dundau Komuniti Sabah Kota Belud 35 149
5 Jalan Bukit 17 Komuniti Johor Johor Bahru 16 32
6 Jalan Pulasan 18 Komuniti Johor Johor Bahru 14 28
7 Taman Dovenby Komuniti Perak dan Selangor Kuala Kangsar, Kinta, Larut, Matang, Selama, dan Gombak 34 61
8 Jalan Panchang Komuniti Selangor Sabak Bernam 14 33
9 Jalan Nik Yusuf Komuniti Kelantan Pasir Mas 14 26
10 Tasik Utama 2 Tempat Kerja Negeri Sembilan Seremban dan Port Dickson 27 448
11 Industri Lengkok Emas Nilai Tempat Kerja Negeri Sembilan Seremban dan Port Dickson 68 1,300
12 Industri Jalan TMP Lapan Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 22 69
13 Jalan Tun Razak Peringgit Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 29 114
14 Jalan Metro Perdana Tempat Kerja WP Kuala Lumpur dan Selangor Kepong, Titiwangsa, Gombak, Petaling, dan Kuala Selangor 19 116
15 Pasar Orkid Sentosa Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor 20 63
16 Sejantung Pendidikan Tinggi Selangor Hulu Selangor 96 152
17 Jalan Limau Kampung Pasir Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Johor Bahru 8 20
18 Jalan Parit Mahang Kumpulan Berisiko Tinggi Selangor Kuala Selangor 45 71


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 6 JULAI 2021 

NEGERI NILAI RT
WP PUTRAJAYA 1.25
PAHANG 1.18
WP KUALA LUMPUR 1.16
SELANGOR 1.12
KEDAH 1.11
MELAKA 1.08
SABAH 1.04
PULAU PINANG 1.03
NEGERI SEMBILAN 1.01
PERAK 0.98
JOHOR 0.96
TERENGGANU 0.94
WP LABUAN 0.91
SARAWAK 0.89
KELANTAN 0.82
PERLIS 0
MALAYSIA 1.08

 
Loading...
Back To Top