
Kenyataan Akhbar KPK 6 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
6 JULAI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 4,797 kes (714,815 kes kumulatif, 90.2%);
- Kes baharu : 7,654 kes (792,693 kes kumulatif);
- Kes import : 11 kes (5 warganegara, 6 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 7,643 kes [5,486 warganegara (71.8%); 2,157 bukan warganegara (28.2%)];
- Kes aktif : 72,201 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 943 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 450 kes;
- Kes kematian : 103 kes (5,677 kes kumulatif, 0.72%; 94 warganegara, 9 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 2,952 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 21 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 2,100 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 852 kluster.
Sebanyak 103 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 43 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 12 kes di Negeri Sembilan, sembilan (9) kes di Johor, enam (6) kes di Kelantan, empat (4) kes di Pahang, tiga (3) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Kedah, sertamasing-masing satu (1) kes di Sabah, Perak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pulau Pinang.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 5 JULAI 2021)
Berdasarkan data terkini pada 5 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Pahang (nilai RT 1.24). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.10), Selangor (1.09), Melaka (nilai RT 1.08), Kedah (nilai RT 1.06), Pulau Pinang (1.05), dan Sabah (nilai RT 1.04).
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
6 Julai 2021 @ 6:30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 6 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 3,260 (1) | 265,722 |
WP KUALA LUMPUR | 1,550 (7) | 82,904 |
JOHOR | 313 (3) | 73,162 |
SABAH | 225 | 70,945 |
SARAWAK | 286 | 67,271 |
NEGERI SEMBILAN | 698 | 48,629 |
PULAU PINANG | 185 | 35,677 |
KELANTAN | 118 | 35,493 |
PERAK | 94 | 27,787 |
KEDAH | 337 | 26,863 |
MELAKA | 230 | 19,999 |
PAHANG | 180 | 14,977 |
TERENGGANU | 61 | 11,478 |
WP LABUAN | 82 | 8,765 |
WP PUTRAJAYA | 33 | 2,422 |
PERLIS | 2 | 599 |
JUMLAH KESELURUHAN | 7,654 (11) | 792,693 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 103 kes kematian pada 6 Julai 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang Penyakit |
5575 | Johor | Perempuan (WN) | 95 | Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat | – |
5576 | Johor | Lelaki (WN) | 51 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Darah tinggi, strok, dan buah pinggang |
5577 | Johor | Perempuan (WN) | 100 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Darah tinggi |
5578 | Kelantan | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | – |
5579 | Kelantan | Perempuan (WN) | 78 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang |
5580 | Kelantan | Perempuan (WN) | 67 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
5581 | Kelantan | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang |
5582 | Selangor | Perempuan (WN) | 83 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
5583 | Selangor | Perempuan (WN) | 76 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Darah tinggi |
5584 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 36 | Hospital Kuala Lumpur | Obesiti |
5585 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 45 | Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah | Darah tinggi dan obesiti |
5586 | Selangor | Perempuan (WN) | 70 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Kencing manis dan darah tinggi |
5587 | Selangor | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Serdang | Darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
5588 | Johor | Perempuan (WN) | 38 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Obesiti |
5589 | Selangor | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Serdang | – |
5590 | Selangor | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Kajang | Darah tinggi |
5591 | Selangor | Perempuan (WN) | 71 | Hospital Serdang | Darah tinggi dan dislipidemia |
5592 | Selangor | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Darah tinggi, asma, dan jantung |
5593 | Sarawak | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Sarikei | Darah tinggi, dan dislipidemia |
5594 | Pahang | Perempuan (WN) | 31 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Kencing manis, darah tinggi, dan autoimun |
5595 | Pahang | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Kencing manis, darah tinggi, dan strok |
5596 | Selangor | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | – |
5597 | Selangor | Perempuan (WN) | 30 | Hospital Sungai Buloh | Obesiti |
5598 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi, dislipidemia, strok, paru-paru kronik, buah pinggang, dan kanser |
5599 | Selangor | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
5600 | Melaka | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Melaka | Darah tinggi dan strok |
5601 | Melaka | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Melaka | Kencing manis dan darah tinggi |
5602 | Selangor | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan hati |
5603 | Selangor | Lelaki (WN) | 56 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, jantung, dan buah pinggang |
5604 | Melaka | Perempuan (WN) | 88 | Hospital Melaka | Darah tinggi |
5605 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Tampin | Kencing manis, darah tinggi, dan epilepsi |
5606 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Tampin | Kencing manis dan darah tinggi |
5607 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi dan dislipidemia |
5608 | Kelantan | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Pasir Mas | Jantung dan kanser |
5609 | Selangor | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Sungai Buloh | – |
5610 | Selangor | Perempuan (WN) | 29 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi dan obesiti |
5611 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 83 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, dan jantung |
5612 | Johor | Perempuan (WN) | 81 | Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat | Kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
5613 | Selangor | Perempuan (WN) | 64 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan darah tinggi |
5614 | Selangor | Lelaki (WN) | 90 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
5615 | Selangor | Lelaki (WN) | 83 | Hospital Sungai Buloh | – |
5616 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 83 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
5617 | Johor | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Darah tinggi, autoimun, dan obesiti |
5618 | Sarawak | Lelaki (WN) | 56 | Hospital Sibu | Kencing manis dan jantung |
5619 | Selangor | Lelaki (WN) | 80 | Hospital Kajang | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
5620 | Selangor | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi |
5621 | Selangor | Perempuan (WN) | 69 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
5622 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 47 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
5623 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 31 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Obesiti |
5624 | Selangor | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Kajang | Kencing manis, darah tinggi, asma, dan obesiti |
5625 | Selangor | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan darah tinggi |
5626 | Selangor | Perempuan (WN) | 73 | Hospital Shah Alam | Kencing manis dan darah tinggi |
5627 | Selangor | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
5628 | Selangor | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Shah Alam | Darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
5629 | Perak | Lelaki (WN) | 37 | Jenazah dibawa ke Hospital Tapah | Darah tinggi |
5630 | Kedah | Perempuan (WN) | 57 | Hospital Kulim | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang |
5631 | Kedah | Perempuan (WN) | 58 | Hospital Kulim | Kencing manis dan darah tinggi |
5632 | Selangor | Perempuan (WN) | 85 | Hospital Serdang | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok |
5633 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 72 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis dan darah tinggi |
5634 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi, dislipidemia, dan kanser |
5635 | Kelantan | Perempuan (WN) | 51 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Darah tinggi dan obesiti |
5636 | Selangor | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik |
5637 | Selangor | Lelaki (WN) | 52 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan paru-paru kronik |
5638 | Johor | Perempuan (WN) | 86 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Darah tinggi dan buah pinggang |
5639 | Sabah | Lelaki (WN) | 64 | Jenazah dibawa ke Hospital Tawau | Kencing manis |
5640 | Selangor | Lelaki (WN) | 64 | Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh | – |
5641 | Selangor | Lelaki (WN) | 21 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis |
5642 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
LAMPIRAN 3
Perincian 7,654 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 3,260 | 238 | 1,981 | 1 | 1,040 |
WP KUALA LUMPUR | 1,550 | 770 | 495 | 7 | 278 |
NEGERI SEMBILAN | 698 | 397 | 202 | – | 99 |
KEDAH | 337 | 110 | 174 | – | 53 |
JOHOR | 313 | 117 | 132 | 3 | 61 |
SARAWAK | 286 | 82 | 153 | – | 51 |
MELAKA | 230 | 94 | 88 | – | 48 |
SABAH | 225 | 21 | 103 | – | 101 |
PULAU PINANG | 185 | 65 | 83 | – | 37 |
PAHANG | 180 | 130 | 32 | – | 18 |
KELANTAN | 118 | 47 | 43 | – | 28 |
PERAK | 94 | 51 | 32 | – | 11 |
WP LABUAN | 82 | 1 | 50 | – | 31 |
TERENGGANU | 61 | 44 | 9 | – | 8 |
WP PUTRAJAYA | 33 | – | 27 | – | 6 |
PERLIS | 2 | – | 2 | – | – |
JUMLAH KESELURUHAN | 7,654 | 2,167 | 3,606 | 11 | 1,870 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 6 JULAI 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah disaring |
1 | Tapak Bina Damanlela 2 | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Kepong | 630 | 2,225 |
2 | Bukit Kiara | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Kepong | 16 | 38 |
3 | Pasar Razak Mansion | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Lembah Pantai dan Cheras | 12 | 67 |
4 | Industri Lorong Senawang Empat | Tempat Kerja | Negeri Sembilan | Seremban dan Port Dickson | 324 | 1,001 |
5 | Industri Perai Lima | Tempat Kerja | Pulau Pinang, Perak, dan Kedah | Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Larut, Matang, Selama, Baling, Bandar Baharu, Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Padang Terap, Pendang, dan Yan | 182 | 3,860 |
6 | Jalan Perusahaan Prai | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 6 | 26 |
7 | Agora Borneo | Tempat Kerja | Sabah | Kota Kinabalu | 26 | 133 |
8 | Batu Tiga Bakri | Tempat Kerja | Johor | Muar | 19 | 57 |
9 | Jalan Baldwin Tiga | Tempat Kerja | Perak | Batang Padang dan Kampar | 39 | 294 |
10 | Jalan KK 6/2 Kubang Kerian | Tempat Kerja | Kelantan | Kota Bharu | 8 | 27 |
11 | Jalan Cempaka Ampang | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Langat | 25 | 84 |
12 | Panjang Sari | Komuniti | Johor | Muar | 17 | 41 |
13 | Jalan Kolam Ikan Kluang | Komuniti | Johor | Kluang | 22 | 26 |
14 | Jalan Sagang | Komuniti | Sarawak | Bau | 30 | 55 |
15 | Sungai Sengkabang | Komuniti | Sarawak | Subis | 58 | 210 |
16 | Parit Sebelas | Komuniti | Selangor | Sabak Bernam | 18 | 40 |
17 | Pondok Tanjung | Komuniti | Perak | Larut, Matang, Selama, dan Kerian | 17 | 26 |
18 | Kampung Gong Kulim Tengah | Komuniti | Kelantan dan Terengganu | Pasir Puteh, Bachok, dan Besut | 16 | 92 |
19 | Kampung Kerpal | Komuniti | Pahang | Rompin | 9 | 268 |
20 | Kampung Perwira | Komuniti | Kelantan | Tanah Merah | 11 | 19 |
21 | Pagar Langat | Pusat Tahanan | Selangor | Kuala Langat | 13 | 30 |
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 5 JULAI 2021
NEGERI | NILAI RT |
PAHANG | 1.24 |
WP PUTRAJAYA | 1.17 |
WP KUALA LUMPUR | 1.10 |
SELANGOR | 1.09 |
MELAKA | 1.08 |
KEDAH | 1.06 |
PULAU PINANG | 1.05 |
SABAH | 1.04 |
NEGERI SEMBILAN | 0.99 |
PERAK | 0.95 |
JOHOR | 0.93 |
WP LABUAN | 0.90 |
SARAWAK | 0.89 |
TERENGGANU | 0.88 |
KELANTAN | 0.81 |
PERLIS | 0 |
MALAYSIA | 1.07 |