Loading...
talian, pertaruhan bola sepak
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 4 Julai -- Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat kegiatan perjudian dalam talian dan pertaruhan bola sepak serta merampas wang tunai berjumlah RM100,000 di sebuah premis di Taman Bukit Indah di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bersama pakar judi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
“Suspek mengaku terlibat dalam pengendalian peranti yang digunakan untuk permainan perjudian dalam talian dan juga ejen nombor ekor haram sejak tiga tahun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenis dan dua komputer yang dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian itu.
Katanya lelaki warga tempatan terbabit kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga 7 Julai depan bagi membantu siasatan.