• About
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Term of Service
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Plus
  • Linkedin
  • Pinterest
  • YouTube
  • RSS

Malay Berujar

Berita Malaysia dan negara Tetangga

Menu
  • Home
Loading...
Beranda » Berita » BEST FBKL » Terbaru » Unik » Viral » Larangan Pergerakan Rentas Negeri Guna Surat MITI Diputuskan kerana terdapat mereka yang menyalahgunakannya untuk pulang ke kampung.

Larangan Pergerakan Rentas Negeri Guna Surat MITI Diputuskan kerana terdapat mereka yang menyalahgunakannya untuk pulang ke kampung.

Minggu, 18 Juli 2021
Bagikan :
Tweet
Loading...



Larangan guna surat MITI kerana ramai salah guna balik kampung - TPM
Bernama
Julai 18, 2021 14:58 MYT

Ismail Sabri (dua kanan) melihat proses suntikan vaksin COVID-19 secara pandu lalu ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pejabat Daerah dan Tanah, Bandar Seri Jempol, hari ini. - Foto BERNAMA

JEMPOL: Larangan pergerakan rentas negeri menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selama empat hari bermula hari ini diputuskan kerana terdapat individu menyalahgunakan surat berkenaan untuk pulang ke kampung.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu terbukti berlaku pada sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 12 Mei lepas sehingga mencetuskan 36 kluster COVID-19.

"Saya fikir semua orang sudah mula bercuti hari ini (sempena Hari Raya Aidiladha), pada Hari Raya Aidilfitri lalu, beratus ribu (individu) dengan pelbagai alasan termasuk menggunakan surat kebenaran merentas negeri untuk bekerja.


"Mungkin ada yang menggunakan 'kecekapan' mereka menipu polis dengan merentas negeri melalui jalan kebun kelapa sawit dan sebagainya tetapi anda tidak boleh menipu COVID-19," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

BACA: Polis tidak terima surat MITI untuk rentas negeri sehingga 21 Julai

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan di pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Dewan Pejabat Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol hari ini.
Ismail Sabri sekali mengingatkan orang ramai supaya tidak mencuba merentas negeri atau daerah sempena sambutan Aidiladha sebaliknya mengambil iktibar daripada peningkatan kes jangkitan wabak itu ketika ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan malam tadi berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai, untuk pergerakan rentas negeri susulan pihaknya mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata pihaknya masih belum menerima permohonan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan pembinaan hospital medan.
Ismail Sabri berkata bagaimanapun kementerian itu bersedia membina empat lagi hospital medan bagi membantu menangani pandemik COVID-19 dengan pengambilan secara kontrak membabitkan 30 doktor dan 100 petugas kesihatan.

Katanya setakat ini terdapat enam hospital medan diwujudkan di Pokok Sena, Kedah; Tawau, Sabah; Kapit, Sarawak; Kepala Batas, Pulau Pinang, Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu, Johor dan Labuan.

Pada program hari ini, Ismail Sabri juga berkata PPV pandu lalu perlu diperbanyakkan lagi di lokasi lain bagi mempercepatkan proses vaksinasi di negara ini.
-- BERNAMA
Loading...
Tag : Berita, BEST FBKL, Terbaru, Unik, Viral
Previous
Posting Lebih Baru
Next
Posting Lama

Artikel Terpopuler

  • Kisah Bergambar Gadis Pel@cur Berusia 16 Tahun
  • Sejarah Anugerah Oscar Filem Hollywood
  • Asal Usul Dan Adat Pemberian Ang Pau
  • Nokia 3310 Terbaharu Lebih Moden!
  • Dialog Dewasa Kritik Berasa
  • Asal Usul Dan Keunikan Tali Leher Croatia
  • Live Parlimen Malaysia Ke-14 - Persidangan Dewan Rakyat | 15 DISEMBER 2021
  • The Unspinners
  • KKM Digesa Ambil Tindakan Isu Kematian Rakyat Singapura....Ini Burukkan Perpesi Hospital Kerajaan Malaysia di Mata DUnia
  • New 5G Project Not The Same As 1MDB

Arsip Blog

Loading...
Copyright © 2015 : Malay Berujar - All Rights Reserved
Template by
Back To Top