Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Keluarga izinkan jenazah Benjy dikebumi di Medan (Videos)

Gambar kenangan Allahyarham Benjy (kanan) dan adik-adiknya, Elza (tengah) dan Innese.

Keluarga izinkan jenazah Benjy dikebumi di Medan

Astro Awani
11/7/2021

KUALA LUMPUR: Jenazah Benjy Ibrahim akan dikebumikan di Medan, Indonesia esok selepas diberi keizinan oleh keluarga Allahyarham.

“Kami sekeluarga telah mengizinkan pihak penjara di Medan mengebumikan jasad (Benjy) di sana. Urusan pengebumian akan dijalankan esok,” kata keluarga Allahyarham Benjy dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan, pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad.

Berita pemergian Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp.

Astro AWANI difahamkan Allahyarham Benjy yang berusia 43 tahun tenat dilaporkan tenat dan sukar bernafas akibat diserang penyakit Asma sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Benjy tidak dapat bernafas akibat sakit tenat lebih kurang pukul 11 pagi (waktu Malaysia) dan telah cuba dibawa ke rumah sakit di sana tetapi tidak sempat diselamatkan,” ujar keluarga Allahyarham Benjy.

Kenyataan keluarga Benjy turut menyebut Allahyarham telah lama mengalami Asma yang kronik dan penyakit paru-paru lain serta sering keluar masuk hospital sejak beberapa tahun lalu.

FOR MORE NEWS GO TO:





Loading...
margin-right: auto;"> Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit asma. - Foto Astro AWANI


Benjy meninggal dunia di Medan

Astro Awani
11/7/2021

KUALA LUMPUR: Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad.

Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.
“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” itu mesej kiriman Khairil Anwar kepada Astro AWANI menerusi WhatsApp sebentar tadi.

Menurut Karl, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit asma.
Karl yang diuji dengan penyakit strok ketika dihubungi berkata, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan, buat masa ini sedang mendapatkan bantuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia untuk pengurusan jenazah.

"Kami sedang berhubung dengan wakil Malaysia di sana, perkembangan terbaharu akan diberitahu kelak," kata Hafiz Hanafiah, Setiausaha SENIMAN di sini, hari ini.


Loading...
Back To Top