Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kadar vaksinasi harian negara lepasi kadar purata per kapita dunia - Khairy (Video)

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata sasaran 300,000 suntikan harian pada bulan Julai dijangka dapat dicapai. - Gambar fail

Kadar vaksinasi harian negara lepasi kadar purata per kapita dunia - Khairy

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi harian COVID-19 negara telah melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia.

Ini susulan kadar purata vaksinasi harian negara pada bulan Jun melepasi sasaran 150,000 suntikan dan secara konsisten mencatatkan 250,000 suntikan harian sejak kebelakakangan ini.

Justeru itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata sasaran 300,000 suntikan harian pada bulan Julai dijangka dapat dicapai.

“Pada penghujung Mei lalu jumlah individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah sebanyak 5.9 peratus populasi negara sekarang jumlahnya ialah 18 peratus.

“Dengan kata lain jumlah penerima dos pertama meningkat sebanyak 200 peratus pada bulan Jun,” katanya dalam muat naik video di Twitter, pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama Khairy mensasarkan golongan warga emas akan selesai divaksinasi menjelang akhir bulan Julai.

“Seperti mana diketahui umum kumpulan berisiko tinggi menjadi keutamaan dalam PICK, sehingga hari ini sebanyak 60 peratus warga emas berdaftar telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

“Kita berharap vaksinasi daripada golongan warga emas ini dapat diselesaikan menjelang akhir bulan ini dan kita juga tidak sesekali meminggirkan golongan OKU..PPV secara pandu lalu dan PPV khas bagi OKU penglihatan telah dibuka bagi memenuhi keperluan ini,” jelasnya.

Katanya lagi, garis panduan baharu buat wanita mengandung dan ibu menyusu juga telah dikemas kini dan ramai yang telah menerima janji temu vaksin bagi golongan tersebut.

FOR MORE NEWS GO TO:




Loading...
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKjhAZ7Guh2F_TSKibu_ORRELW7aJ6xyOtz7R8fKnqrIxUeJOAnzMMu9YzStdKeZTxwmir5CIiPNc590xATomHbB0JEMB8Bsx5uoZtk7atqbJ2iMwP5vHcfo2gw4l3lRXe-QvYGemQXpeF/w549-h372/51625293882_KhairyJamaluddin.jpg" width="549"> Khairy berkata, ini susulan Malaysia akan menerima jumlah bekalan vaksin yang besar iaitu sebanyak 12 juta dos bermula Julai. - Gambar fail

PICK: 12 juta vaksin diterima bulan ini, tiga bulan akan datang tempoh kritikal - Khairy

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Tempoh tiga bulan akan datang akan menjadi tempoh yang sangat sibuk dan kritikal dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri penyelarasnya, Khairy Jamaluddin berkata, ini susulan Malaysia akan menerima jumlah bekalan vaksin yang besar iaitu sebanyak 12 juta dos bermula Julai.

“Tempoh tiga bulan mendatang akan menjadi tempoh yang sangat sibuk dan kritikal dalam pelaksanaan PICK kerana seperti diumumkan sebelum ini Malaysia akan menerima jumlah bekalan vaksin yang sangat besar.

“Sebagai perbandingan jumlah vaksinasi yang dicatatkan semenjak PICK bermula pada Februari ialah sekitar lapan juta dos tetapi bagi bulan Julai ini sahaja kita akan menerima bekalan vaksin lebih daripada 12 juta dos.

“Sudah pasti bulan Julai akan menjadi tempoh yang genting buat PICK apabila kapasiti pemberian vaksin ditingkatkan di seluruh negara,” katanya dalam muat naik video di Twitter, pada Sabtu.

Sehubungan itu, kata Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, kapasiti vaksinasi di seluruh negara akan dipertingkatkan dengan pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Sebanyak 1,500 klinik swasta dan 120 hospital swasta juga akan terlibat sebagai PPV bagi memudahkan orang ramai menerima vaksin mereka..

Ini ditambah dengan tenaga kerja kesihatan dan sukarelawan yang akan digerakkan di seluruh negara.
“Bagi memastikan cabaran pada bulan-bulan mendatang dilalui dengan teratur dan lancar kapasiti vaksinasi di seluruh negara akan ditingkatkan dengan pembukaan lebih banyak PPV selain menambah tenaga kerja kesihatan dan sukarelawan.

“Ketika ini sebanyak 1,400 PPV sedang beroperasi di seluruh negara, selain daripada PPV Mega kita sebenarnya telah membuka banyak PPV dalam pelbagai bentuk dan saiz.

“Ini termasuk PPV sementara di perkampungan Orang Asli, kita juga buka PPV di rumah ibadat, sekolah, universiti, dewan komuniti, tempat kerja, kawasan perladangan, restoran dan PPV Pandu Lalu serta unik bergerak yang telah memasuki kampung-kampung dan melaksanakan vaksinasi dari rumah ke rumah," kata Khairy.

Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, vaksinasi kepada masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera juga dipermudahkan.

Selain itu Katanya rekod vaksinasi hanya akan dimuat naik dalam sistem sekiranya mereka menerima suntikan vaksin.



Loading...
Back To Top