Loading...
![]() |
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan PKP bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu. - Astro AWANI |
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 negara mencatat trend peningkatan secara purata selama tujuh hari berturut-turut.
Pada Isnin, ia naik ke 1.07 berbanding 1.06 hari sebelumnya.
Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Pahang mencatat kadar tertinggi pada 1.24.
Ia diikuti Putrajaya (1.17), Kuala Lumpur (1.10), Selangor (1.09) dan Melaka (1.08).
Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah pula masing-masing mencatat kadar 1.06, 1.05 dan 1.04.
Tujuh negeri lain mencatat kadar R-Naught di bawah 1.0, iaitu Negeri Sembilan, Perak, Johor, Labuan, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
Perlis pula mencatat sifar kes.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-rnaught-negara-catat-peningkatan-tujuh-hari-berturutturut-306848
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-rnaught-negara-catat-peningkatan-tujuh-hari-berturutturut-306848
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 5 hb Julai 2021 untuk seluruh negara adalah 1.07. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/gQ3leDhY2i
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 5, 2021
Loading...