Loading...
![]() |
Pahang dan Putrajaya catat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.17 diikuti Melaka dan Selangor masing-masing dengan 1.12 serta 1.08. |
COVID-19: R-naught negara turun 1.06, Pahang dan Putrajaya tertinggi
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia mencatat penurunan ketika beberapa negeri hari ini mula beralih ke fasa kedua program pemulihan negara (PPN).
Kadar kebolehjangkitan pada Ahad direkod pada 1.06 berbanding 1.07 pada Sabtu.
Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Pahang dan Putrajaya catat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.17 diikuti Melaka dan Selangor masing-masing dengan 1.12 serta 1.08.
Enam negeri mencatat kadar R-naught di bawah 1.0.
Ini melibatkan Negeri Sembilan, Johor, Labuan, Sarawak, Kelantan dan Terengganu.
Perlis pula mencatat sifar kes.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-rnaught-negara-turun-106-pahang-dan-putrajaya-tertinggi-306670
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-rnaught-negara-turun-106-pahang-dan-putrajaya-tertinggi-306670
Nilai Rt kebangsaan pada 4 Julai turun sedikit kepada 1.06. Mengikut negeri, Pahang dan Putrajaya tertinggi 1.17.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 4, 2021
Manakala 7 negeri lain termasuk WP KL nilai Rt melebihi 1.0. #COVID19 pic.twitter.com/FxCNRh1V4A
Loading...