Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jemaah Menteri sebulat suara sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jemaah Menteri sebulat suara sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Astro Awani
14/7/2021

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Jemaah Menteri sebulat suara memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara itu dicapai Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

"Ahli-ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan Kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira
Loading...
pandangan semua pihak," memetik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ahli-ahli Jemaah Menteri pada Rabu.

Menurut kenyataan itu lagi, keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik COVID-19.


Loading...
Back To Top