COVID-19: Warga emas di Lembah Klang boleh ‘walk-in’ ke PPV untuk suntikan vaksin
15/07/2021 09:26 PM
PUTRAJAYA, 15 Julai -- Individu berusia 60 tahun dan ke atas di Lembah Klang bakal mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara ‘walk-in’ atau jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata kaedah untuk warga emas itu dijalankan menerusi projek rintis di PPV Lembah Klang dan akan diperluas ke seluruh negara tidak lama lagi.
“Mereka (warga emas) boleh datang ke PPV. Kita memang mengalu-alukan golongan ini datang secara ‘walk-in’ dan kita akan bekalkan bekalan vaksin ke PPV Lembah Klang untuk tujuan ini,” katanya pada sidang media khas Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.
Bagaimanapun, tarikh pelaksanaannya akan diumumkan kelak.
Sehingga kini, katanya kira-kira 2.47 juta daripada 2.98 juta warga emas yang mendaftar telah mendapat

Loading...
sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.
Mengenai PPV industri atau PPVIN pula, beliau berkata PPV tersebut boleh beroperasi 24 jam sehari bagi mempercepat proses vaksinasi pekerja industri di Lembah Klang.
Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata sebanyak 2,229 pengamal perubatan am swasta (GP) di Selangor dan 1,254 GP di Kuala Lumpur telah dibenarkan menyertai pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
“Kita jangkakan penyertaan GP dalam PICK di Lembah Klang mampu memberikan 300,000 dos sehari dengan 100 dos bagi setiap GP,” katanya.
Sehingga kini, jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi PICK yang dilaksanakan sejak 24 Feb adalah sebanyak 12,647,558 dos.
Sementara itu, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan menjelaskan bahawa tarikh pelaksanaan dan maklumat lanjut berhubung kaedah vaksinasi walk-in itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Sehubungan itu, CITF menjelaskan orang ramai berusia 60 tahun ke atas bersama pengiring mereka yang tidak mempunyai janji temu vaksinasi diminta untuk tidak hadir ke mana-mana PPV esok.
"Ini untuk membolehkan perancangan inisiatif ini dimuktamadkan, seperti urusan logistik serta penghantaran bekalan stok vaksin di semua PPV.
"Sama penting ialah merancang susunan waktu inisiatif walk-in ini untuk mengelakkan kesesakan di PPV terutamanya bagi warga emas ketika jumlah kes jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA