• About
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap
  • Term of Service
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Plus
  • Linkedin
  • Pinterest
  • YouTube
  • RSS

Malay Berujar

Berita Malaysia dan negara Tetangga

Menu
  • Home
Loading...
Beranda » Berita » BEST FBKL » Terbaru » Unik » Viral » Ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah antarabangsa bermula 10 Ogos 2021

Ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah antarabangsa bermula 10 Ogos 2021

Minggu, 25 Juli 2021
Bagikan :
Tweet
Loading...





Ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah antarabangsa bermula 10 Ogos
Astro Awani
Julai 26, 2021 

Penerbangan langsung dibenarkan daripada semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan. - Foto AP

IBADAH umrah dibuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos depan.
Memetik laporan portal Gulf News, ia adalah susulan kelancaran musim haji tahun ini yang selesai dengan jayanya.

Manakala ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan ekspatriat di negara itu sudah dibuka semula bermula Ahad.


Menurut Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman Al-Sudais, semua ahli gabungan kompeten diarahkan untuk memuktamadkan persediaan untuk menerima jemaah meliputi umrah di Masjidil Haram, Tanah Suci Mekah.


Petugas pada masa sama diminta untuk berusaha sedaya upaya dan memastikan pelaksanaan langkah pencagahan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Madinah sama selaras seperti yang dikuat kuasakan pada musim Haji, minggu lalu.


Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidil Haram.


Dalam perkembangan berkaitan, menerusi perkongsian di Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan daripada semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan.

Rakyat negara ini dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.

Selain itu, diwajibkan telah menerima vaksinasi COVID-19 yang lengkap sama ada vaksin Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).

Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos 'penggalak' sama ada suntikan Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca atau J&J.

Seterusnya, dibenarkan untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Loading...
Tag : Berita, BEST FBKL, Terbaru, Unik, Viral
Previous
Posting Lebih Baru
Next
Posting Lama

Artikel Terpopuler

  • Kisah Bergambar Gadis Pel@cur Berusia 16 Tahun
  • Sejarah Anugerah Oscar Filem Hollywood
  • Nokia 3310 Terbaharu Lebih Moden!
  • Asal Usul Dan Adat Pemberian Ang Pau
  • Dialog Dewasa Kritik Berasa
  • Asal Usul Dan Keunikan Tali Leher Croatia
  • Live Parlimen Malaysia Ke-14 - Persidangan Dewan Rakyat | 15 DISEMBER 2021
  • New 5G Project Not The Same As 1MDB
  • The Unspinners
  • KKM Digesa Ambil Tindakan Isu Kematian Rakyat Singapura....Ini Burukkan Perpesi Hospital Kerajaan Malaysia di Mata DUnia

Arsip Blog

Loading...
Copyright © 2015 : Malay Berujar - All Rights Reserved
Template by
Back To Top