Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang terima sumbangan kontena mayat (Videos)


UPDATED


Hospital HTAR Klang akhirnya terima sumbangan kontena mayat





Rakaman Kontena Untuk Mayat Di HTAR. 

12/7/2021

KLANG – Sebuah kontena bagi penyimpanan ᴍᴀʏᴀᴛ disalurkan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Pemberian tersebut tular menerusi tiga video berdurasi antara 37 saat sehingga 2 minit termasuk keadaan terkini jumlah ᴍᴀʏᴀᴛ yang banyak di HTAR.

Berdasarkan video awal, seorang lelaki menyatakan kontena tersebut dibeli pada harga RM35,000 khas bagi memudahkan pengurusan ᴍᴀʏᴀᴛ mereka di hospital tersebut.

Bagaimanapun, lelaki tersebut juga menunjukkan rasa tidak berpuas hati apabila bantuan tersebut tidak diterima pihak HTAR.

“Kita hendak bantu pihak hospital. Mula-mula kata okay selepas tiga jam, pengarah hospital tolak pula (bantuan) dengan mengatakan esok (hari ini) sebanyak lapan kontena datang.

“Pada malam ini, kita datang supaya ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ-ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ini diletakkan di tempat selesa walaupun sudah telah menjadi ᴍᴀʏᴀᴛ,” katanya.

Bagaimanapun, HTAR menerusi laman Facebooknya
Loading...
pada setengah jam lalu kemudiannya memaparkan video daripada lelaki sama menunjukkan pemberian tersebut telah diterima.

Menerusi video itu, lelaki tersebut bersyukur apabila kontena itu diterima untuk diletakkan di Jabatan ꜰᴏʀᴇɴꜱɪᴋ HTAR.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan sama ada Menteri, Ketua Setiausaha dan Pengarah HTAR kerana memudahkan urusan kami untuk membantu dalam sumbangan kontena tersebut untuk menyimpan ᴍᴀʏᴀᴛ atau ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ Covid-19,” jelasnya.

Pihak HTAR dalam kenyataannya di Facebook tersebut juga menzahirkan penghargaan kepada MIC di atas sokongan dan dokongan menyumbang kontena ᴍᴀʏᴀᴛ itu dalam menguruskan pandemik Covid-19 di Klang khususnya.

Source: Cencorot Studio YouTube



                          

 

Loading...
Back To Top