Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Geng Bobot tumpas kurang 24 jam selepas samun (Video)

Loading...
Polis menumpaskan kumpulan samun bersenjata digelar Geng Bobot




Geng Bobot tumpas kurang 24 jam selepas samun

Harian Metro
17/7/2021

Polis menumpaskan kumpulan samun bersenjata digelar Geng Bobot tidak sampai 24 jam penyamun terbabit melakukan jenayah itu di rumah kedai di luar Pasar Borong Kuala Lumpur, 14 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil siasatan dan risikan dijalankan polis dapat menangkap lima lelaki berusia 19 hingga 32 tahun disyaki terbabit kes itu.

Terdahulu, Beh berkata, pihaknya menerima laporan kejadian samun berkumpulan bersenjata di tingkat satu rumah kedai berkenaan pada 9.03 malam Rabu lalu.

Menurutnya siasatan awal mendapati tiga lelaki melakukan jenayah itu dan melarikan sejumlah wang serta beberapa telefon bimbit milik mangsa yang juga warga asing membabitkan dua lelaki Bangladesh serta lima lelaki Myanmar.

Ketiga-tiga suspek dalam kes menaiki tiga motosikal berasingan, bersenjatakan parang serta pistol.

Katanya wang tunai disamun suspek adalah hasil penjualan ikan sejuk beku dan sayuran serta wang simpanan mangsa.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Sabtu.

Sporce: Harian Metro YouTube 


Loading...
Back To Top