![]() |
Ismail Sabri berkata, kebenaran untuk pasangan PJJ masih tertakluk kepada kebenaran yang perlu dipohon daripada pihak PDRM. - Gambar/ Bernama |
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kebenaran merentas negeri dan daerah bagi pasangan jarak jauh (PJJ) dibenarkan pada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya untuk kes kecemasan dan keperluan khas.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagaimanapun masih tertakluk kepada kebenaran yang perlu dipohon daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Untuk Fasa Dua kita benarkan
Loading...
rentas negeri dan dearah kepada pasangan jarak jauh tetapi dalam kes-kes kecemasan dan keperluan khas dengan kelulusan PDRM.
"Kecemasan kita tahu tetapi ini kes-kes khas misalnya isteri hendak melahirkan atau mempunyai anak yang masih bayi jadi perlukan suami untuk hadir bersama... kerana anak tidak sihat dan sebagainya, itu kita benarkan," katanya ketika sidang media bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Sabtu.
Dalam pada itu ujar Ismail Sabri, masa pembukaan pasar borong adalah ditetapkan pada pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi.
Jelasnya, tiada isu berbangkit dalam soal masa pembukaan pasar borong kerana ia hanya dibenarkan untuk pemborong dan bulan pembelian individu.

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fasa-2-ppn-pjj-boleh-rentas-negeri-daerah-bagi-kes-kecemasan-keperluan-khas-306463