Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bantuan khairat kematian akibat COVID-19 di Selangor boleh dipohon! Ini syarat-syaratnya

Loading...
Bantuan Khairat Kematian

Bantuan khairat kematian akibat COVID-19 di Selangor boleh dipohon! Ini syarat-syaratnya

Astro Awani
14/7/2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor memperuntukan RM1.5 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 bagi menyalurkan bantuan khairat kematian akibat COVID-19.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi peruntukan tersebut, bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada waris mangsa.

Amirudin dalam kemas kini di laman Facebook hari ini turut memaklumkan, permohonan yang dibuka pada 12 Julai lalu sehingga 12 Ogos ini boleh dibuat menerusi laman web https://ift.tt/2Ybxml7.

Beliau menambah, inisiatif itu diharap dapat meringankan beban mereka yang kehilangan orang tersayang.

Selain warganegara, antara syarat permohonan termasuk pemohon (waris terdekat) dan si mati merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.

Si mati juga telah disahkan meninggal dunia akibat COVID-19 oleh hospital atau klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian.

Syarat lain yang turut dinyatakan ialah si mati meninggal dunia di Selangor pada tahun ini dan ke atas serta terhad kepada satu permohonan bagi satu keluarga sahaja.

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bantuan-khairat-kematian-akibat-covid19-di-selangor-boleh-dipohon-ini-syaratsyaratnya-308377


Loading...
Back To Top