Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 di Malaysia - Kenyataan Penuh DG Kesihatan


 

Kenyataan Akhbar KPK 11 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

11 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 7,749 kes (563,779 kes kumulatif, 87.2%);
  • Kes baharu : 6,849 kes (646,411 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (1 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 6,845 kes [4,935 warganegara (72.1%); 1,910 bukan warganegara (27.9%)];
  • Kes aktif : 78,864 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :912 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 458 kes;
  • Kes kematian : 84 kes (3,768 kes kumulatif, 0.58%; 76 warganegara, 8 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,438 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,683 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 755 kluster.

Sebanyak 84 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 19 kes di Selangor, 12 kes di Sarawak, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing tujuh (7) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam (6) kes di Pahang dan Sabah, tiga (3) kes di Terengganu, dua (2) kes di Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Perlis, dan Kedah.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT BERKENAAN SINDROM POST COVID (LONG COVID)

Pada 18 Disember 2020, The National Institute for Health and Care Excellence (NICE), United Kingdom telah mengeluarkan satu garis panduan mengenai Long COVID atau dikenali sebagai Sindrom Post Covid. Sindrom ini merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih dan gejala-gejala tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif. Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.

Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit COVID-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Post COVID. Menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh KKM melibatkan 1,004 pesakit dari kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan, didapati 66 peratus daripada pesakit ini mengalami Sindrom Post COVID. Antara lima (5) simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit COVID-19 adalah kelesuan (fatigue), kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnea), sukar tidur malam (insomnia), batuk (cough) dan kegelisahan (anxiety).

Sehingga kini, rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan simptom yang dipamerkan pesakit (symptomatic relief) dan fungsi tubuh yang terlibat. Rujukan kepada bidang kepakaran yang berkaitan akan dilakukan bagi memastikan pesakit mendapat rawatan klinikal yang optimum. Kajian klinikal akan terus dijalankan bagi memahami dan mengenalpasti kesan Sindrom Post COVID dan ianya akan dimaklumkan kepada masyarakat dari semasa ke semasa.

Oleh itu, pesakit-pesakit COVID-19 yang didiscaj dari hospital akan diberikan temujanji rawatan susulan dan mereka diingatkan untuk hadir mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Manakala bagi bekas pesakit COVID-19 yang masih mempunyai gejala, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan dan rawatan di klinik atau hospital berhampiran. Ini penting bagi mengekalkan tahap kesihatan bekas pesakit COVID-19 pada tahap terbaik dan mengurangkan sebarang komplikasi jangka panjang.

Oleh itu, adalah amat penting untuk menjaga diri kita dan ahli keluarga kita supaya kekal terlindung daripada bahaya COVID-19 dan mendaftar untuk mendapatkan vaksin agar dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit COVID-19 yang serius. Ini kerana kesannya boleh berpanjangan dan mengurangkan kualiti hidup serta produktiviti seseorang. Harus diingatkan bahawa golongan muda adalah merupakan kumpulan utama warga kerja bagi pelbagai sektor di negara kita. Golongan muda yang sihat adalah kunci kepada produktiviti negara.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 2,558 (4) 211,403
WP KUALA LUMPUR 884 66,195
SABAH 309 65,330
JOHOR 426 63,772
SARAWAK 699 54,330
NEGERI SEMBILAN 685 32,833
PULAU PINANG 205 31,656
KELANTAN   248 31,537
PERAK 161 23,307
KEDAH 161 21,399
MELAKA 170 14,527
PAHANG 89 11,415
TERENGGANU 66 10,439
WP LABUAN 176 5,634
WP PUTRAJAYA 10 2,086
PERLIS 2 548
JUMLAH KESELURUHAN 6,849 (4) 646,411

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 84 kes kematian pada 11 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian Negeri Jantina (warganegara) Umur (Tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang Penyakit
3685 Selangor Lelaki (WN) 69 Hospital Ampang Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3686 Perlis Perempuan (WN) 70 Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3687 Selangor Lelaki (WN) 55 Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
3688 Selangor Lelaki (WN) 65 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Darah tinggi dan dislipidemia
3689 Selangor Lelaki (WN) 57 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi
3690 Selangor Lelaki (WN) 65 Hospital Serdang Kencing manis dan darah tinggi
3691 Sarawak Lelaki (WN) 63 Hospital Sibu Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3692 Sarawak Perempuan (WN) 70 Hospital Sibu Darah tinggi, dislipidemia, dan strok
3693 Selangor Lelaki (WN) 63 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3694 Johor Perempuan (WN) 61 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
3695 Melaka Lelaki (WN) 55 Hospital Melaka Darah tinggi dan jantung
3696 Pahang Lelaki (WN) 78 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3697 Pahang Lelaki (WN) 47 Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Kuantan Darah tinggi dan obesiti
3698 Sarawak Lelaki (WN) 76 Hospital Sibu Jantung, kencing manis, dan buah pinggang kronik
3699 Selangor Lelaki (WN) 67 Hospital Sungai Buloh Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3700 Sarawak Perempuan (WN) 72 Jenazah dibawa ke Hospital Kanowit Darah tinggi dan dislipidemia
3701 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 72 Hospital Tampin Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan obesiti
3702 Sabah Perempuan (WN) 67 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3703 Sarawak Lelaki (WN) 54 Hospital Miri Darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
3704 Pahang Perempuan (WN) 35 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Obesiti, kencing manis, dan darah tinggi
3705 Terengganu Perempuan (WN) 69 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Darah tinggi, buah pinggang kronik, dan hati
3706 Sabah Perempuan (WN) 63 Jenazah dibawa ke Hospital Semporna Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3707 Pahang Lelaki (WN) 67 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Darah tinggi dan dislipidemia
3708 Pahang Perempuan (WN) 84 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3709 Terengganu Lelaki (WN) 87 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Darah tinggi dan sawan
3710 Selangor Perempuan (WN) 83 Hospital Kajang
3711 Kelantan Perempuan (WN) 79 Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Jantung, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
3712 Perak Perempuan (WN) 85 Hospital Taiping Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3713 Sabah Lelaki (WN) 69 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Kencing manis dan darah tinggi
3714 Sarawak Lelaki (WN) 55 Jenazah dibawa ke Hospital Miri
3715 WP Labuan Perempuan (WN) 65 Hospital Labuan Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3716 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 75 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis dan darah tinggi
3717 Terengganu Perempuan (WN) 66 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3718 Selangor Lelaki (WN) 75 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3719 Johor Lelaki (WN) 73 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3720 Johor Lelaki (WN) 60 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Darah tinggi
3721 Sarawak Perempuan (WN) 67 Hospital Sibu Darah tinggi, dislipidemia, dan pankreas
3722 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 68 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3723 Pahang Perempuan (WN) 74 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
3724 Selangor Perempuan (WN) 75 Hospital Shah Alam Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3725 Sabah Lelaki (WN) 67 Hospital Tawau Darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan asma
3726 Sarawak Lelaki (WN) 63 Hospital Miri Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3727 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 72 Hospital Jelebu Strok
3728 WP Labuan Perempuan (WN) 63 Hospital Labuan Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
3729 Selangor Perempuan (WN) 61 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
3730 Selangor Lelaki (WN) 73 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Darah tinggi
3731 Melaka Lelaki (WN) 51 Hospital Melaka
3732 WP Labuan Lelaki (WN) 77
Loading...
style="background-color: #990000; color: white;">Hospital Labuan Darah tinggi 3733 Selangor Lelaki (WN) 71 Hospital Kajang Kencing manis dan darah tinggi 3734 Selangor Lelaki (WN) 39 Hospital Sungai Buloh Obesiti 3735 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 38 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Obesiti 3736 Kedah Lelaki (WN) 60 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik 3737 Sarawak Perempuan (WN) 81 Hospital Miri Darah tinggi dan dislipidemia 3738 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 79 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Jantung dan kanser 3739 WP Labuan Lelaki (WN) 27 Hospital Labuan 3740 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 46 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur 3741 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 44 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur 3742 Sarawak Perempuan (WN) 80 Jenazah dibawa ke Hospital Bintulu Kencing manis dan darah tinggi 3743 Sarawak Perempuan (WN) 68 Hospital Sibu Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan kanser 3744 Sarawak Perempuan (WN) 63 Jenazah dibawa ke Hospital Sri Aman Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru kronik 3745 Selangor Perempuan (WN) 55 Hospital Sungai Buloh Kencing manis dan darah tinggi 3746 Selangor Lelaki (WN) 42 Hospital Sungai Buloh Darah tinggi 3747 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 89 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur 3748 Sabah Lelaki (WN) 67 Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan 3749 Johor Lelaki (WN) 66 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis dan darah tinggi 3750 Selangor Lelaki (WN) 68 Hospital Kajang Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik 3751 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 61 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan tiroid 3752 Johor Perempuan (WN) 76 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Darah tinggi 3753 Johor Lelaki (WN) 52 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Darah tinggi dan obesiti 3754 Johor Lelaki (WN) 61 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik 3755 WP Labuan Perempuan (WN) 61 Hospital Labuan Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik 3756 WP Labuan Lelaki (WN) 80 Jenazah dibawa ke Hospital Labuan Darah tinggi dan strok 3757 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 72 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis dan darah tinggi 3758 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 69 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Kencing manis dan darah tinggi 3759 Negeri Sembilan Perempuan (WN) 41 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Darah tinggi dan obesiti 3760 Pulau Pinang Lelaki (WN) 82 Hospital Pulau Pinang Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik 3761 Selangor Perempuan (BWN) 57 Hospital Sungai Buloh 3762 WP Kuala Lumpur Perempuan (BWN) 28 Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya 3763 Selangor Lelaki (BWN) 49 Jenazah dibawa ke Hospital Kajang Tuberkulosis 3764 Sabah Perempuan (BWN) 74 Hospital Tawau Kencing manis 3765 WP Kuala Lumpur Lelaki (BWN) 52 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur 3766 WP Kuala Lumpur Perempuan (BWN) 41 Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya Darah tinggi 3767 WP Labuan Lelaki (BWN) 78 Jenazah dibawa ke Hospital Labuan 3768 WP Labuan Lelaki (BWN) 52 Jenazah dibawa ke Hospital Labuan

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,849 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 2,558 979 1,163 4 412
WP KUALA LUMPUR 884 65 552 267
SARAWAK 699 90 441 168
NEGERI SEMBILAN 685 426 220 39
JOHOR 426 178 172 76
SABAH 309 90 144 75
KELANTAN 248 29 169 50
PULAU PINANG 205 81 69 55
WP LABUAN 176 34 78 64
MELAKA 170 54 87 29
PERAK 161 102 42 17
KEDAH 161 11 96 54
PAHANG 89 38 40 11
TERENGGANU 66 5 37 24
WP PUTRAJAYA 10 4 5 1
PERLIS 2 2
JUMLAH KESELURUHAN 6,849 2,186 3,315 4 1,344

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 11 JUN 2021

No. Nama Kluster Kategori Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah Disaring
1 Industri Persiaran Raja Lumu Tempat Kerja Selangor Klang 95 197
2 Industri Jalan Bunga Cempaka Dua Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor dan Petaling 71 261
3 Industri Sungai Putus Tempat Kerja Selangor Klang 52 261
4 Industri Puchong Lima Tempat Kerja Selangor Petaling 44 68
5 Industri Jalan Batu Arang Tempat Kerja Selangor Gombak dan Petaling 34 46
6 Bukit Bakri Tempat Kerja Johor Muar 25 38
7 Jalan Tanjung A Tiga Tempat Kerja Johor Johor Bahru 19 119
8 Jalan Renchong Tempat Kerja Johor Muar 12 22
9 Laman Satu Tempat Kerja Johor Johor Bahru 10 34
10 Sungai Kakus Tempat Kerja Sarawak Tatau 51 117
11 Pekan Tatau Baru Tempat Kerja Sarawak Tatau 27 742
12 Semanok Tempat Kerja Sarawak Tatau 7 196
13 Kopi Blues Komuniti Sabah Tawau 12 20
14 Penchala Komuniti WP Kuala Lumpur Kepong 105 521
15 Cabang Empat Chetok Komuniti Kelantan Pasir Mas 17 27
16 Jalan Permatang Lapan Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Johor Bahru 18 57
Loading...
Back To Top