Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PIKAS dijangka berupaya mengawal penularan kes COVID-19 di sektor perkilangan dan pembuatan




PIKAS berupaya kawal penularan COVID-19 di sektor perkilangan,pembuatan
Jun 16, 2021
BERITA RTM




KUALA LUMPUR, 16 Jun - Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), dijangka berupaya mengawal penularan kes COVID-19 di sektor perkilangan dan pembuatan sekali gus membantu kelancaran Pelan Pemulihan Negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM), sektor berkenaan harus diberi perhatian kerana ia antara yang terkesan akibat penularan jangkitan di tempat kerja.

Perdana Menteri menyatakannya, selepas meninjau proses vaksinasi PIKAS di Texas Instruments Malaysia Sdn Bhd, di ibu negara.

PIKAS yang bermula hari ini dilaksanakan sebagai langkah responsif kepada cadangan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana untuk membantu mempercepat vaksinasi khususnya pekerja dengan vaksinasi dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenal pasti.

Jelas Tan Sri Muhyiddin, selain pengurusan wabak COVID-19 yang menyasarkan pengurangan kes dan pengurangan beban di fasiliti kerajaan, tumpuan turut diberikan
Loading...
dalam memastikan jumlah suntikan vaksin dapat ditingkatkan dengan cepat dan menyeluruh dengan sasaran 300,000 suntikan sehari.

Bagaimanapun, ia amat bergantung kepada jumlah bekalan vaksin yang diterima mengikut jadual ditetapkan.


Loading...
Back To Top