Kenyataan Akhbar KPK 6 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
6 JUN 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,133 kes (526,809 kes kumulatif, 85.4%);
- Kes baharu : 6,241 kes (616,815 kes kumulatif);
- Kes import : 14 kes (5 warganegara, 9 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 6,227 kes [5,404 warganegara (86.8%); 823 bukan warganegara (13.2%)];
- Kes aktif : 86,628 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :890 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 444 kes;
- Kes kematian : 87 kes (3,378 kes kumulatif, 0.55%; 84 warganegara, 3 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 2,338 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,625 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 713 kluster.
Sebanyak 87 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 34 kes di Selangor, 12 kes di Johor, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, enam (6) kes di Kedah, lima (5) kes diWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing empat (4) kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing tiga (3) kes di Kelantan, Terengganu, dan Pahang,serta masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebanyak 30 kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 18 kluster adalah dari kategori kluster tempat kerja dengan 10 kluster melibatkan sektor perkilangan. KKM menasihatkan para majikan untuk sentiasa memastikan kepatuhan sepenuhnya terhadap SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), agar dapat mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan di samping membendung penularan COVID-19.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
PENINGKATAN KES SPORADIK HARIAN DAN KEMATIAN COVID-19 DI MALAYSIA
Mutakhir ini, negara berhadapan dengan tren peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dan kes-kes kematian COVID-19 terutamanya selepas 1 April 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-13]. Keadaan ini adalah amat membimbangkan, kerana majoriti kes baharu COVID-19 dan kes kematian COVID-19 adalah merupakan kes-kes-kes sporadik ketika ianya dilaporkan. Kes sporadik bermakna kes yang dikesan di dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.
- umulatif mingguan kes baharu COVID-19
Berdasarkan analisa yang dijalankan, didapati jumlah kumulatif kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 8,968 kes (52.0 peratus adalah kes sporadik). Pada ME ke-19, jumlah kes baharu COVID-19 pula adalah sebanyak 29,386 kes (77.7 peratus adalah kes sporadik). Negara kemudiannya merekodkan kes kumulatif mingguan tertinggi setakat ini pada ME ke-21, iaitu sebanyak 53,419 kes di mana 85.1 peratus adalah merupakan kes sporadik. Tren kes kes sporadik kekal tinggi pada ME ke-22 (sehingga 5 Jun 2021), dengan jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 52,040 kes (84.3 peratus adalah kes sporadik). Graf 1 menunjukkan peningkatan peratusan kes-kes sporadik COVID-19 berbanding kes-kes kluster mengikut ME.
Graf 1: Peratusan Kes Positif COVID-19 Mengikut Minggu Epidemiologi
(Minggu Epidemiologi Ke-13 Hingga Ke-22)
- umulatif mingguan kes kematian COVID-19
Bagi kumulatif kes kematian COVID-19 pula, didapati ianya semakin meningkat dari minggu ke minggu. Kes kematian COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 35 kes (26 kes sporadik), manakala pada ME ke-19 adalah sebanyak 209 kes (187 kes sporadik). Jumlah ini melonjak dan pada ME ke-22 iaitu sebanyak 641 kes kematian COVID-19 (559 kes sporadik). Graf 2 jelas menunjukkan peningkatan pecahan kes kematian COVID-19 yang merupakan kes-kes sporadik berbanding kes kematian daripada kluster COVID-19. Salah satu faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut adalah berikutan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti dengan kadar kebolehjangkitan dan kematian yang lebih tinggi, selain penularan COVID-19 secara lebih meluas di dalam komuniti berbanding ME yang sebelum.
Graf 2: Bilangan Kes Kematian COVID-19 Mengikut Minggu Epidemiologi
(Minggu Epidemiologi Ke-13 Hingga Ke-22)
Justeru, KKM ingin menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini di mana penularan COVID-19 adalah di dalam komuniti termasuklah tempat beli belah, tempat kerja, dan sebagainya. Masyarakat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti COVID-19 tidak kira di mana mereka berada. Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes-kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini di dalam komuniti.
Sehubungan itu, KKM ingin menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP). Lindungilah diri, keluarga, dan komuniti dalam memerangi pandemik ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut;
- , wakilkan kepada hanya seorang bagi setiap rumah/keluarga untuk keluar bagi sebarang urusan di luar serta sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan;
- mengenakan sekurang-kurangnya satu lapis pelitup muka di tempat awam (jenis perubatan atau fabrik). Pelitup muka 3 lapis perubatan menawarkan perlindungan yang lebih baik;
- mengenakan pelitup muka berganda terutama di tempat awam yang sesak dan kurang pengudaraan, iaitu satu (1) pelitup muka perubatan (3-ply medical/surgical mask) di bahagian dalam DAN satu (1) pelitup muka fabrik di luar;
- juga untuk mengenakan pelindung muka (face shield) bersekali dengan pelitup muka berganda di KAWASAN AWAM BERISIKO TINGGI untuk perlindungan tambahan (misalnya hospital/klinik, kawasan awam yang sesak, kawasan kurang pengudaraan);
- dekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;
KKM menyeru semua pihak untuk sama-sama memainkan peranan yang penting dalam membantu kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara. Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, dan negara kita.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
6 Jun 2021 @ 6:30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 6 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 2,178 (10) | 202,146 |
SABAH | 305 | 63,870 |
WP KUALA LUMPUR | 415 (1) | 62,917 |
JOHOR | 565 (1) | 61,543 |
SARAWAK | 600 (1) | 51,171 |
PULAU PINANG | 271 | 30,753 |
KELANTAN | 270 | 30,142 |
NEGERI SEMBILAN | 556 | 29,972 |
PERAK | 174 | 22,426 |
KEDAH | 125 | 20,452 |
MELAKA | 225 | 13,531 |
PAHANG | 155 | 10,726 |
TERENGGANU | 158 | 9,871 |
WP LABUAN | 212 (1) | 4,752 |
WP PUTRAJAYA | 30 | 2,006 |
PERLIS | 2 | 537 |
JUMLAH KESELURUHAN | 6,241 (14) | 616,815 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 87 kes kematian pada 6 Jun 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang Penyakit |
3292 | Sarawak | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Sibu | Darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru kronik |
3293 | Pahang | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan | Kencing manis |
3294 | Selangor | Lelaki (WN) | 52 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan asma |
3295 | Pahang | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3296 | Selangor | Perempuan (WN) | 69 | Hospital KPJ Damansara | Buah pinggang kronik dan penyakit autoimun |
3297 | Selangor | Lelaki (WN) | 61 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit jantung |
3298 | Selangor | Lelaki (WN) | 57 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan darah tinggi |
3299 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Tampin | – |
3300 | Pulau Pinang | Perempuan (WN) | 67 | Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang | Obesiti |
3301 | Selangor | Lelaki (WN) | 54 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan darah tinggi |
3302 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit autoimun |
3303 | Kedah | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Penyakit tiroid, jantung, kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
3304 | Sarawak | Perempuan (WN) | 73 | Hospital Sarikei | Darah tinggi |
3305 | Kedah | Perempuan (WN) | 56 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3306 | Selangor | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan darah tinggi |
3307 | Selangor | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Selayang | – |
3308 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Tampin | Strok |
3309 | Kelantan | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Kencing manis, darah tinggi, dan strok |
3310 | Kedah | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Kulim | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan paru-paru kronik |
3311 | WP Labuan | Lelaki (WN) | 49 | Hospital Labuan | Darah tinggi dan dislipidemia |
3312 | Selangor | Perempuan (WN) | 75 | Hospital Banting | Kencing manis, darah tinggi, dan asma |
3313 | Johor | Lelaki (WN) | 50 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | – |
3314 | Johor | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Kencing manis dan darah tinggi |
3315 | Johor | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
3316 | Sarawak | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Miri | Darah tinggi |
3317 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 84 | Hospital Pulau Pinang | – |
3318 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 83 | Hospital Tampin | Darah tinggi, jantung dan dislipidemia |
3319 | Pahang | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
3320 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 75 | Hospital Pulau Pinang | Darah tinggi |
3321 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 35 | Jenazah dibawa ke Hospital Seberang Jaya | Obesiti |
3322 | Melaka | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Melaka | Kencing manis dan darah tinggi |
3323 | Selangor | Perempuan (WN) | 44 | Hospital Ampang | Penyakit asma, darah tinggi, dan jantung |
3324 | Kedah | Perempuan (WN) | 38 | Hospital Kulim | Obesiti dan darah tinggi |
3325 | Selangor | Perempuan (WN) | 71 | Hospital Tampin | Kencing manis dan darah tinggi |
3326 | Selangor | Lelaki (WN) | 49 | Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur | Darah tinggi dan buah pinggang kronik |
3327 | Sarawak | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Sibu | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
3328 | Johor | Perempuan (WN) | 52 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3329 | Kedah | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Kulim | Kencing manis |
3330 | Selangor | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Selayang | Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan obesiti |
3331 | Selangor | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Selayang | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3332 | Selangor | Lelaki (WN) | 45 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit jantung, darah tinggi, dan dislipidemia |
3333 | Johor | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | – |
3334 | Melaka | Perempuan (WN) | 38 | Hospital Melaka | – |
3335 | Selangor | Lelaki (WN) | 79 | Hospital Serdang | Dislipidemia, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3336 | Selangor | Lelaki (WN) | 73 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | – |
3337 | Johor | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
3338 | Terengganu | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu | Kencing manis, darah tinggi, dan strok |
3339 | Terengganu | Perempuan (WN) | 76 | Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu | Kencing manis dan darah tinggi |
3340 | Johor | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Darah tinggi |
3341 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi dan penyakit jantung |
3342 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 44 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok |
3343 | Terengganu | Perempuan (WN) | 58 | Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
3344 | WP Labuan | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Labuan | Darah tinggi dan dislipidemia |
3345 | Selangor | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, tuberkulosis, dan strok |
3346 | Selangor | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Putrajaya | Kencing manis |
3347 | Selangor | Perempuan (WN) | 47 |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
LAMPIRAN 3
Perincian 6,241 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 2,178 | 88 | 1,593 | 10 | 487 |
SARAWAK | 600 | 32 | 443 | 1 | 124 |
JOHOR | 565 | 199 | 256 | 1 | 109 |
NEGERI SEMBILAN | 556 | 153 | 297 | – | 106 |
WP KUALA LUMPUR | 415 | 32 | 228 | 1 | 154 |
SABAH | 305 | 65 | 178 | – | 62 |
PULAU PINANG | 271 | 87 | 106 | – | 78 |
KELANTAN | 270 | 42 | 184 | – | 44 |
MELAKA | 225 | 84 | 96 | – | 45 |
WP LABUAN | 212 | 64 | 80 | 1 | 67 |
PERAK | 174 | 59 | 93 | – | 22 |
TERENGGANU | 158 | 29 | 111 | – | 18 |
PAHANG | 155 | 63 | 65 | – | 27 |
KEDAH | 125 | 8 | 77 | – | 40 |
WP PUTRAJAYA | 30 | 6 | 20 | – | 4 |
PERLIS | 2 | – | 2 | – | – |
JUMLAH KESELURUHAN | 6,241 | 1,011 | 3,829 | 14 | 1,387 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 6 JUN 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring |
1 | Jalan Silat Harimau 21 | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 12 | 43 |
2 | Jalan Bertam 23 | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 6 | 61 |
3 | Jalan Teknologi Perintis Dua | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 15 | 353 |
4 | Jalan Kebun Sayur | Tempat Kerja | Johor | Muar | 55 | 145 |
5 | Jalan Parit Haji Zain | Tempat Kerja | Johor | Muar | 33 | 71 |
6 | Ladang Tereh | Tempat Kerja | Johor | Kluang | 25 | 171 |
7 | Taman Aman | Tempat Kerja | Johor | Kluang dan Batu Pahat | 17 | 118 |
8 | Jalan Utama | Tempat Kerja | Sabah | Sandakan | 15 | 79 |
9 | Sawit Kinabatangan | Tempat Kerja | Sabah | Kinabatangan | 29 | 111 |
10 | Jalan Ketiau Tombovo | Tempat Kerja | Sabah | Putatan | 9 | 145 |
11 | Persiaran Sabak 26 | Tempat Kerja | Selangor | Petaling dan Klang | 30 | 75 |
12 | Jalan Waja Enam Belas | Tempat Kerja | Selangor | Kuala Langat | 22 | 160 |
13 | Sri Cemerlang | Tempat Kerja | Kelantan | Kota Bharu dan Pasir Mas | 17 | 41 |
14 | Industri Chain Ferry | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah | 25 | 318 |
15 | Hilir Sungai Kluang Tiga | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Utara | 71 | 683 |
16 | Industri Bukit Nian | Tempat Kerja | Melaka | Alor Gajah | 41 | 79 |
17 | Dah Saga | Tempat Kerja | Kedah | Kota Setar, Pendang, dan Sik | 42 | 133 |
18 | Jalan Alamanda Dua | Tempat Kerja | WP Putrajaya dan Selangor | Putrajaya, Hulu Langat, Petaling, dan Sepang | 8 | 108 |
19 | Gusi | Komuniti | Sabah | Papar | 25 | 49 |
20 | Tamalang | Komuniti | Sabah | Kota Belud | 27 | 121 |
21 | Murni C | Komuniti | Sabah | Nabawan dan Penampang | 22 | 127 |
22 | Bukit Jong | Komuniti | Kelantan | Machang dan Kota Bharu | 13 | 78 |
23 | Kampung Bakong | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 8 | 13 |
24 | Kampung Jejawi | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 7 | 17 |
25 | Jaya Gading | Komuniti | Pahang | Kuantan | 53 | 466 |
26 | Jalan Kasturi Satu | Pendidikan Lain | Selangor | Hulu Langat | 15 | 85 |
27 | Behrang Stesen | Pendidikan Tinggi | Perak | Muallim | 37 | 173 |
28 | Bukit Gasing | Kumpulan Berisiko Tinggi | Selangor | Petaling | 26 | 42 |
29 | Kilometer 35 Kemendor | Keagamaan | Melaka | Jasin dan Melaka Tengah | 33 | 91 |
30 | Pagar Jalan Sultanah | Pusat Tahanan | Johor | Mersing | 21 | 247 |