![]() |
Daily Estimated |
![]() |
R- Naught |
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 menurun selama dua minggu
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan selama dua minggu berturut-turut.
Angka itu susut ke 0.99 pada Ahad berbanding 1.00 hari sebelumnya.
Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.36.
Ini diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
Seterusnya Putrajaya, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sarawak dan Terengganu.
Kelantan, Kedah dan Perlis merupakan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0
Sebanyak 13 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kadar-kebolehjangkitan-covid19-menurun-selama-dua-
Loading...
href="https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kadar-kebolehjangkitan-covid19-menurun-selama-dua-minggu301944">minggu-301944
![]() |
Daily Estimated |
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 6 hb Jun 2021 untuk seluruh negara adalah 0.99.. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/qxHfn4HQv1
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 6, 2021
Loading...