Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jadual Semula Jika Gagal Hadir Janji Temu Vaksin (Video)

Individu yang gagal menghadiri tarikh janji temu vaksin di Pusat Pemberian Vaksin PPV
                    
 

Jadual semula jika gagal hadir janji temu vaksin

Harian Metro
Loading...
style="font-size: medium;">
Individu yang gagal menghadiri tarikh janji temu vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) perlu melakukan penjadualan semula menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata langkah itu bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), sekali gus mencapai sasaran kerajaan memastikan 80 peratus rakyat divaksin bagi mendapat imuniti kelompok.

Menurutnya jumlah terkumpul individu gagal menghadiri tarikh janji temu vaksin akan dimaklumkan Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID- 19 (JKAV), minggu depan.

Beliau berkata demikian selepas melawat PPV Mega di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor Bahru (PERSADA), pada Ahad.

Dr Adham berkata, setakat ini kerajaan tidak berdepan masalah akibat ketidakhadiran penerima vaksin itu kerana mempunyai strategi penyimpanan vaksin yang baik bagi mengelak ia rosak.

Source: Harian Metro YouTube



Loading...
Back To Top