Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Iswardy Dijamin RM 5,000, Mengaku Tidak Bersalah Hina Agong (Video)

Loading...

 

Hina Agong: Iswardy Morni mengaku tidak bersalah

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Jun -- Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Iswardy, 44, didakwa telah mengeluarkan kenyataan melalui Facebook miliknya Iswardy Morni Official dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sini, pada 3 petang, 29 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin namun peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud, yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya penanggung utama keluarga selain memberi kerjasama baik kepada pihak polis sepanjang siasatan.

Hakim Mahyon Talib kemudiannya membenarkan Iswardy diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang membuat apa-apa ulasan terhadap kes itu di media sosial, cetak dan elektronik.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, Bernama melaporkan tertuduh direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di laman YouTube yang didakwa berbaur hasutan serta menghina Yang di-Pertuan Agong.


FOR MORE NEWS GO TO:
Police after Iswardy Morni After YouTube Video on the YDP Agong! - TOTAL LOCK DOWN: Apa yang kerajaan gagal belajar dalam setahun ini?

Hina YDP Agong, Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni ditahan (Video)
Loading...
Back To Top