Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Dion Cools Sah Pemain Ke-26 Harimau Malaya (Video)

Loading...
PEMAIN berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools, sah akan mewakili skuad negara menjelang kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Jumaat ini.

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Dion Cools sah pemain ke-26 Harimau Malaya

Astro Arena

PEMAIN berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools, sah akan mewakili skuad negara menjelang kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Jumaat ini.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook rasmi persatuan itu.

Difahamkan, pertahanan kanan berusia 24 tahun itu tiba di UAE hari ini untuk bersama skuad kebangsaan menjelang pertemuan dengan pasukan tuan rumah itu awal pagi Jumaat ini.

"Alhamdulillah, pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools, telah bersama pasukan di Dubai, UAE hari ini dan secara rasmi sah diumumkan sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya," kata Hamidin dalam kenyataan itu.

"Ini berikutan segala proses dokumentasi di peringkat FIFA (Persekutuan Bolasepak Dunia) dan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia), terutama berhubung status kelayakannya, pendaftaran dan lain-lain telah selesai.

"Dengan kehadirannya, ia akan dapat memberi nilai tambah serta memperkasakan lagi pasukan Harimau Malaya.

"Harapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama penyokong setia Harimau Malaya, doakan pasukan kita ini untuk memperoleh kejayaan," katanya.

Dion mewakili kelab Belgium, Midtjyland, sejak tahun lalu selain pernah mewakili Club Brugge dan OH Leuven sebelumnya.

Dia juga pernah mewakili Belgium dalam saingan peringkat B-18, B19 dan B-21.

Malaysia kini berada di tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata, hanya dibezakan satu mata dengan pendahulu, Vietnam.

FOR MORE NEWS GO TO:
Pemain ke-26 Harimau Malaya | Dion Cools
Loading...
Back To Top