Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

6 petugas bank direman 7 hari bantu siasatan kes rasuah RM18 juta (Video)

Loading...
Enam petugas di sebuah bank direman tujuh hari

6 petugas bank direman 7 hari bantu siasatan kes rasuah RM18 juta

BERNAMA

Enam petugas di sebuah bank direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi berjumlah RM18 juta antara 2018 hingga 2020.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin terhadap kesemua lelaki yang berusia 36 hingga 45 tahun itu selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di Shah Alam.

Terdahulu kesemua lelaki itu tiba di perkarangan mahkamah pada jam 10.55 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Semalam, SPRM menahan kesemua individu itu yang bertugas di beberapa cawangan bank tersebut di sekitar Lembah Klang.

Menurut sumber SPRM, mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada 110 pinjaman pembiayaan peribadi bernilai lebih kurang RM18 juta.

SPRM turut merampas wang tunai kira-kira RM69,000 dan beberapa utas jam tangan mewah serta telefon bimbit daripada individu itu dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM100,000 di kediaman mereka di sekitar Selangor dan Putrajaya.


Loading...
Back To Top