Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Wanita Tuduh ADUN Gombak Setia ‘Rancang’ Insiden Rogol (Video)

Loading...
ADUN Gombak Setia, Hilman Idham,

Wanita tuduh ADUN Gombak Setia ‘rancang’ insiden rogol

FMT

PETALING JAYA: Wanita yang mendakwa dirogol kenalan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham, membuat tuduhan baharu bahawa wakil rakyat itu “merancang” insiden pada 5 Dis tahun lalu itu.

Wanita itu membuat tuduhan berkenaan dalam laporan polis 8 Mei, kata laporan Malaysiakini.

Peguam wanita itu, Asheeq Ali, mengesahkan anak guamnya membuat laporan berkenaan.

Katanya, laporan kedua itu turut tersebar di media sosial, seperti laporan pertama yang dibuat pada 5 Dis 2020.

Walaupun laporan pertama ditarik balik pada 8 Dis 2020, wanita itu pada Januari lalu memohon polis meneruskan siasatan.

FMT sedang mendapatkan respons Hilman mengenai dakwaan itu.
Loading...
Back To Top