![]() |
Datuk Seri Rizuan Ab Hamid meninggal dunia malam Khamis, selepas dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 pada 3 Mei lepas. |
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Ab Hamid meninggal dunia malam Khamis, selepas dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 pada 3 Mei lepas.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Loading...
mengesahkan perkara tersebut melalui catatan di Facebooknya, sebentar tadi.
“Dengan rasa sedih dan dukacitanya mendapat perkhabaran sahabat baik saya, Dato Seri Hj Rizuan Abd Hamid, Ketua Umno Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama2 para syuhada dan para solihin. Alfatihah,” katanya lagi.
Sebelum ini, media melaporkan, Ketua UMNO Bahagian Kepong itu berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Turut dimasukkan ke ICU ialah isterinya iaitu bekas Ketua Auditor Negara, Tan Sri Madinah Mohamed.

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...