Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tidak Patuh SOP: Tun Dr Mahathir Mohon Maaf, Sedia Terima Tindakan Undang-Undang

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir satu program di Langkawi
                                                  

Tidak Patuh SOP: Dr Mahathir mohon maaf, sedia terima tindakan undang-undang

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Mei -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir satu program di Langkawi, Kedah serta bersedia menerima tindakan mengikut undang-undang.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau dimaklumkan telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah pada majlis sumbangan hari raya kepada penduduk pada 8 Mei lepas.

“Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

Menurutnya SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa pun kerana ia dapat membantu membendung merebaknya wabak COVID-19.

“Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” katanya.


 1. Pada 8hb Mei, saya balik ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program sampaikan sumbangan bulan Ramadhan serta Aidilfitri di kawasan Parlimen saya.

2. Antaranya sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah. 

3. Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut.

4. Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP.

5. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan.

6. COVID-19 adalah wabak yang serius

Loading...
dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini.

7. Kita tidak harus ambil ringan. 

8. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini.

1. Pada 8hb Mei, saya balik ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program sampaikan sumbangan bulan Ramadhan serta...

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Tuesday, May 11, 2021
 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP)


 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP)





Loading...
Back To Top