Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

SPRM Putrajaya Kesan Tiga Bekas Polis Bagi Bantu Siasatan

SPRM Putrajaya sedang mengesan tiga bekas anggota polis bagi membantu siasatan 

SPRM Putrajaya kesan tiga bekas polis bagi bantu siasatan


BERNAMA
5/5/2021

PUTRAJAYA, 5 Mei -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sedang mengesan tiga bekas anggota polis bagi membantu siasatan kes SPRM.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, individu yang terbabit adalah Azhar Adon, 61, yang beralamat terakhir di No. 6, Lorong Tan Sri Abdul Rahman Hashim 8, Taman Desa Baiduri Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

Turut dicari ialah Rosli Bali, 59, yang mempunyai alamat terakhir di No. 43, Jalan Wawasan 1/3, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor dan Yusof Ali, 65, dengan
Loading...
alamat terakhir di No. 9, Lot 924, Kampung Kuala Pajam, 43700, Beranang, Selangor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Salimatun Farhanim Hishamuddin di talian 03-8891 1666 atau 013-286 0986.
Loading...
Back To Top