Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pusat Hiburan Tak Serik Kena Kompaun Langgar SOP PKP (Video)

 Pusat hiburan di ibu negara ini seakan mencabar kewibawaan pihak berkuasa


Loading...
large;">Pusat Hiburan Tak Serik Kena Kompaun Langgar SOP PKP

MKL Crimedesk
6/5/2021

Degil dan berlagak kaya!

Tindakan sebuah pusat hiburan di ibu negara ini seakan mencabar kewibawaan pihak berkuasa apabila mereka sekali lagi diserbu kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan.

Akibatnya, 90 pengunjung terdiri daripada 51 lelaki dan 39 wanita berusia 2p hingga 45 tahun dikenakan tindakan kompaun meliputi 430 ribu ringgit.

Ketika serbuan Op Pematuhan itu, Kesemua pelanggan leka berhibur tanpa menghiraukan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan lain lain.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Azman Ayob berkata, polis turut merampas 500 jenis arak pelbagai jenama bernilai lebih 400 ribu ringgit kerana tidak memiliki lesen perniagaan minum keras.

Datuk Azman Ayob turut memberi peringatan tegas kepada masyarakat untuk terus mematuhi SOP PKP mahupun PKPB.

Tiada kompromi terhadap mana mana individu jika didapati langgar SOP PKP.

Kes disiasat mengikut Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020

Source: MKL Crimedesk YouTube
Loading...
Back To Top