![]() |
Selangor terbuka kepada sebarang ketetapan yang akan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan situasi semasa COVID-19 di negeri itu. |
'Lockdown' Selangor? 'Kami bersikap terbuka, tapi perlu langkah susulan berkesan' - MB
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor terbuka kepada sebarang ketetapan yang akan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan situasi semasa COVID-19 di negeri itu.
Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebarang tindakan yang dilakukan perlu disusuli dengan langkah-langkah susulan yang berkesan.
"Ia seperti vaksinasi yang menyeluruh, proses ujian (swab) yang lebih besar dan pantas dan beberapa sokongan kepada masyarakat termasuk aktiviti pembelajaran dan bantuan kepada mereka yang memerlukan serta mengharapkan sokongan.
"Ini supaya kita boleh memutuskan satu kedudukan yang menang-menang kepada semua pihak, sama ada dari sudut kesihatan awam, kelangsungan kehidupan dan kedudukan ekonomi Selangor," katanya dalam sidang media khas pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amirudin Shari hari ini tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan berkenaan laporan kononnya Selangor enggan melaksanakan 'lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat.
Menteri Besar Selangor itu berkata, apa yang
Loading...
dinyatakan oleh Pengerusi Selangor Task Force COVID-19, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bukanlah sesuatu ketetapan kerana ia masih di peringkat perbincangan.
"Jadi saya kira saya perlu menjernihkan isu tentang kemungkinan kita menolak atau tidak setuju (PKP yang lebih ketat), sebab perkara ini masih di peringkat berbincangan.
"Sekali lagi, kuasa pengumuman serta langkah-langkah PKP dan sebagainya masih tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan di mana kerajaan negeri turut dipanggil untuk memberi pandangan secara menyeluruh," katanya dalam sidang media pada Rabu.
Tegas beliau, nyawa rakyat kekal menjadi keutamaan kerajaan negeri itu, pada masa sama mengimbangi kehidupan rakyat serta ekonomi.
"Namun begitu, kerajaan negeri Selangor sememangnya memandang serius keutamaan kita untuk menjaga kesihatan dan unsur kehidupan masyarakat.
"Bagaimana ingin kita kembali kepada istilah yang sangat indah iaitu mengimbangi nyawa dan kehidupan.
"Namun, jika kita ditawarkan antara dua tawaran ini atau dua pilihan ini, saya kira, untuk menjaga nyawa sebagai keutamaan paling penting," katanya.
Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media berasingan pada Rabu memaklumkan PKP tidak perlu dilaksanakan berikutan kadar kebolehjangkitan di Selangor masih rendah berbanding negeri lain seperti Kelantan dan Pahang.
Katanya, pasukannya dan kerajaan Selangor berada dalam tahap baik menguruskan wabak berkenaan.
Malah, katanya, pelaksanaan PKP secara menyeluruh juga akan menjejaskan ekonomi negeri terutamanya peniaga kecil.