Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Langgar SOP Di Kedai Nasi Ayam, Najib Bayar Kompaun

Loading...
Najib Razak sudah membayar kompaun yang dikenakan terhadap beliau kerana melanggar prosedur operasi standard

Langgar SOP di kedai nasi ayam, Najib bayar kompaun

FMT

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Najib Razak sudah membayar kompaun yang dikenakan terhadap beliau kerana melanggar prosedur operasi standard Covid-19 ketika makan di sebuah kedai nasi ayam di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam video yang tular pada Mac, Ahli Parlimen Pekan itu dilihat dibawa ke tempat duduknya, sejurus tiba di kedai itu, tanpa merekodkan suhu badan dan mendaftar secara manual atau menggunakan aplikasi MySejahtera, seperti yang dilakukan pegawai lain yang mengiringinya.

“Bayar kompaun. Saya silap itu hari tak (ambil) suhu,” kata beliau dalam catatan di Facebook hari ini.

“Saya mengaku sendiri. Saya terima denda.

“Tak mahu ada ‘double standards’ (dua darjat). Mereka itu saya tak tahulah,” kata beliau, menyindir orang kenamaan lain yang didakwa melanggar SOP, tetapi tidak dikenakan hukuman.

Minggu lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, Najib dikompaun masing-masing RM1,500 untuk dua kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Bagaimanapun, nilai kompaun yang dibayar Najib hari ini tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, pengurus kedai nasi ayam, Yeok Wei Hao, dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mengarahkan Najib mematuhi SOP.

Dalam catatan Facebook terdahulu, Najib berkata, beliau akan membayar kompaun dalam tempoh tujuh hari bagi mendapatkan diskaun pembayaran awal pada kadar RM750.
Loading...
Back To Top