![]() |
Khairy Jamaluddin |
Siapa ingin bawa masuk vaksin Sinopharm boleh daftar dengan NPRA - Khairy
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin mengesahkan terdapat beberapa pihak dalam negara yang sedang cuba mendaftarkan vaksin Sinopharm dihasilkan syarikat dari China.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu, usaha berkenaan sememangnya dibenarkan dan kerajaan mengalu-alukan perkara tersebut.
“China ada vaksin lain sebagai contoh vaksin Sinopharm dan sekarang ini ada beberapa pihak tempatan yang ingin mendaftarkan vaksin ini.
“Kita terbuka kepada mana-mana pihak yang mempunyai keupayaan dan maklumat data klinikal untuk mendaftarkan vaksin Sinopharm dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
“Itu boleh dan siapa-siapa yang lain mahu cuba bawa masuk vaksin tersebut boleh daftar dengan NPRA,” katanya dalam penjelasan yang dibuat menerusi Facebook pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dilontarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kaedah pembelian vaksin COVID-19.
Ahli Parlimen Rembau itu menjelaskan, setiap pembelian vaksin perlu mempunyai pemegang pendaftaran produk tempatan oleh individu atau syarikat tempatan yang membuat permohonan daripada NPRA.
Jelasnya, bagi vaksin Sinovac, pemegang pendaftaran produk tempatan ialah syarikat Pharmaniaga yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera iaitu syarikat milik kerajaan.
Justeru katanya, adalah tidak benar bahawa pembelian vaksin tidak perlu melalui satu entiti sahaja.
![]() |
Khairy |
Loading...
Jamaluddin
Kerajaan tidak kawal pembelian vaksin, keutamaan diberikan kepada PICK - Khairy
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Bekalan vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) perlu diutamakan berbanding pembelian oleh pihak swasta atau individu lain.
Dalam masa sama, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin menafikan, kerajaan mengawal semua pembelian vaksin seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita tidak mengawal semua (pembelian vaksin), kita bagi keutamaan pembelian kepada PICK dan segala perolehan kerajaan Persekutuan mestilah didahulukan.
“Selepas itu sesiapa yang ingin membeli mana-mana vaksin dan telah menerima kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) adalah bebas melaksanakannya.
“Sebahagian besar negara di dunia mengutamakan program imunisasi kebangsaan mereka malah di mana-mana negara maju sekalipun,” katanya melalui akaun Facebooknya pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan dilontarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerajaan mengawal pembelian vaksin daripada pihak lain di dalam negara.
Justeru itu, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keutamaan diberikan kepada PICK susulan fasa kedua yang sedang berlangsung melibatkan golongan warga emas, mereka yang mempunyai penyakit kronik dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Dalam perkembangan yang sama, Khairy turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkaitan monopoli pembelian vaksin oleh syarikat Pharmaniaga.
Jelasnya, syarikat berkenaan hanya mengendalikan pembelian vaksin Sinovac setakat ini.
“Tuduhan Datuk Seri Anwar bahawa pembelian dibuat oleh syarikat Pharmaniaga termasuk vaksin Pfizer, Sinovac, Astrazeneca adalah tidak benar sama sekali.
“Pembelian vaksin Pfizer dibuat oleh syarikat Pfizer Malaysia, Astrazeneca dibuat melalui dua kaedah iaitu kemudahan pelan peruntukan vaksin COVID-19 global (COVAX) dikendalikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kedua melalui Astrazeneca Malaysia.
“Pharmaniaga hanya mengendalikan pembelian melalui syarikat Sinovac dan tuduhan ia mengendalikan semuanya adalah tidak betul,” jelas beliau.
Tambah Khairy, perkara berkenaan telah dijelaskan termasuk kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh wakil daripada semua parti politik.