Loading...
Kenderaan membawa barangan dibenar menggunakan jalan-jalan awam sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri |
Kenderaan barangan dibenar beroperasi semasa Raya - MOT
BERNAMA
PUTRAJAYA, 11 Mei -- Kenderaan membawa barangan dibenar menggunakan jalan-jalan awam sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri kali ini, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).
“Susulan pelaksanaan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun depan bagi mengekang penularan COVID-19, kementerian tidak mengenakan sekatan terhadap kenderaan barangan untuk menggunakan jalan raya sepanjang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba,” kata MOT dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, MOT melaksanakan larangan bagi kenderaan membawa barangan menggunakan jalan-jalan awam sepanjang sambutan Aidilfitri saban tahun, bertujuan mengurangkan kesesakan dan meningkatkan tahap keselamatan berikutan jumlah pengguna jalan raya pulang ke kampung yang tinggi.
MOT turut mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mengikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara menerusi https://www.mkn.gov.my/ atau Telegram di https://t.me/MKNRasmi selain mematuhi prosedur operasi standard mengekang penularan COVID-19.
Loading...