Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Empat Beranak Didakwa Rogol Ahli Keluarga Sendiri Sejak Setahun Lalu

Seorang bapa dan tiga anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol

Empat beranak didakwa rogol ahli keluarga sendiri sejak setahun lalu

FMT
5/5/2021

PETALING JAYA: Seorang bapa dan tiga anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol, meliwat dan memukul remaja perempuan yang juga ahli keluarga mereka sejak tahun lalu.

Sinar Harian melaporkan, tertuduh berusia 51 tahun itu dan tiga anak lelakinya yang berusia 23, 27 serta 29 tahun mengaku tidak bersalah di depan Hakim Nariman Badruddin atas
Loading...
tuduhan yang dibacakan secara berasingan dalam bahasa Tamil.

Bapa terbabit didakwa atas 33 pertuduhan kerana merogol mangsa yang berusia 17 tahun dua bulan, dengan perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang untuk berkahwin.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun, selain tidak kurang 10 sebatan.

Tertuduh juga berdepan satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Selain itu, dia juga didakwa sengaja mencederakan mangsa menggunakan getah paip.

Sementara itu, tiga anak lelakinya iaitu abang mangsa masing-masing menghadapi 18 pertuduhan merogol, mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Tiga beradik itu juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya di sini antara 1 Mac 2020 dan 1 Februari 2021.

Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari membantah sebarang jaminan diberikan disebabkan mangsa adalah darah daging keluarga itu sendiri dan dikhuatiri akan diganggu tertuduh.

Nariman bagaimanapun membenarkan bapa mangsa diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan atau jumlah keseluruhan RM280,000 manakala ketiga-tiga anaknya dibenarkan diikat jamin sebanyak RM144,000 seorang.

Mahkamah menetapkan tarikh 8 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Loading...
Back To Top