Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

DBKL Tutup Premis Hiburan ‘BOLLYWOOD’

Loading...
Pusat hiburan Bollywood digempur


DBKL Tutup Premis Hiburan ‘BOLLYWOOD’

DBKL
9/5/2021

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan satu serbuan ke atas premis hiburan yang beroperasi tanpa kebenaran dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kompleks Wilayah, Bukit Bintang Kuala Lumpur malam tadi.

Bertindak atas aduan awam, risikan telah dijalankan bagi mengenalpasti modus operandi dan laluan keluar masuk ke premis tersebut. Premis ‘’hidden club’’ ini menggunakan laluan pintu belakang (pintu kecemasan) bagi mengaburi dan mengelak dari dilihat dari orang ramai akan aktiviti mereka.

 Selain dari itu, pintu hadapan premis ini mengandungi 2 lapisan termasuk 1 pintu tebal yang berfungsi sebagai pintu kedap bunyi bagi mengelakkan bunyi bising muzik didengari orang luar.

Seramai 4 orang wanita warga negara Bangladesh yang bertugas sebagai pelayan dan juga penari berada di dalam premis semasa serbuan dilakukan.

Tindakan sita turut dilakukan terhadap 14 pelbagai peralatan berkaitan aktiviti ini berupa komputer riba, mixer, mikrofon dan lain-lain.

DBKL turut mengeluarkan 1 Notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan 1992 dan jika disabitkan kesalahan, pemilik premis boleh didenda sehingga RM50,000.

1 notis kompaun turut dikenakan di bawah Undang Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 kerana menyalahgunakan lesen restoran / kedai makan dengan menjual dan menghidangkan minuman keras (liquor) tanpa kebenaran yang sah yang boleh didenda sehingga RM2000.

Operasi ini dilaksanakan mengikut bidang kuasa, peruntukan undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 
Loading...
Back To Top