Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Penyanyi Nash Cedera Kenderaan Terbabas, Langgar Penghadang Jalan

Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan 

 

Nash cedera kenderaan terbabas, langgar penghadang jalan

Astro Awani
21/4/2021

SEREMBAN:
Loading...
Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 62, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Katanya, vokalis kumpulan Lefthanded itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki Nash dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain ketika dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.

“Kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai melanggar lopak air menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, pemandu kenderaan itu hanya mengalami kecederaan ringan membabitkan beberapa luka di badan.

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...
Back To Top