Loading...
width="560">
Kartel daging, sekali lagi LY Frozen didakwa
Harian Metro
22/4/2021
Sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas empat pertuduhan memiliki dan bersubahat memiliki barangan larangan produk sejuk beku, Disember lalu.
Ia membabitkan 5,224 kotak bahagian ayam, kambing, lembu, ayam belanda dan itik sejuk beku yang bernilai RM643,465.39.
Tertuduh, iaitu Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengarahnya Yong Chee Keong, 40, dan Tan Siew Huak, 42, yang masih bebas serta pengurus, Chong Kim Kuang, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Pengakuan itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda minimum tidak kurang 10 kali ganda nilai iaitu RM4.89 juta atau RM50,000 (yang mana lebih tinggi) hingga minimum 20 kali ganda nilai, sebanyak RM9.78 juta atau RM500,00 (yang mana lebih tinggi) atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali.

Source: Harian Metro YouTube
Loading...