![]() |
Kedua-dua mereka ialah Tan Siew Huak, 42, dan Wong Ah Kheong, 44 |
Kartel daging: Polis kesan 7 lagi suspek
Astro Awani
11/4/2021
JOHOR BAHRU: Polis masih mengesan tujuh suspek kes kartel daging sejuk beku selepas 36 individu terdiri daripada pengarah dan pengurus syarikat ditahan dalam Op Kartel Daging 9 April lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata dua lelaki turut dikesan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Katanya, kedua-dua mereka ialah Tan Siew Huak, 42, dan Wong Ah Kheong, 44.
"Siew Huak berasal dari Ulu Tiram, Johor manakala Ah Kheong dari Kuantan, Pahang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sidang media khas tangkapan kartel daging
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki itu diminta segera menghubungi polis.
Terdahulu, pada sidang media sama, Huzir berkata seramai 36 individu membabitkan pengarah dan pengurus syarikat ditahan dalam operasi khas di lima negeri selain Kuala Lumpur kerana dipercayai terbabit dalam sindiket kartel daging import.
Beliau berkata semua mereka adalah daripada 20 syarikat yang dikenal pasti terbabit berkomplot dalam kegiatan pengedaran daging berkenaan.
Katanya, sebuah syarikat dikenal pasti sebagai pengimport manakala 19 lagi adalah pengedar daging sejuk beku import.

36 pengarah, pengurus 20 syarikat kes kartel daging import ditahan
JOHOR BAHRU: Seramai 36 individu membabitkan pengarah dan pengurus syarikat ditahan dalam operasi khas di lima negeri selain Kuala Lumpur kerana dipercayai terbabit dalam sindiket kartel daging import.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit
Loading...
Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata semua mereka adalah daripada 20 syarikat yang dikenal pasti terbabit berkomplot dalam kegiatan pengedaran daging berkenaan.
Katanya, sebuah syarikat dikenal pasti sebagai pengimport manakala 19 lagi adalah pengedar daging sejuk beku import.
Katanya, suspek terdiri daripada 26 lelaki dan 10 wanita berusia 28 hingga 67 tahun, dengan 34 orang memegang jawatan pengarah dan dua lagi adalah pengurus syarikat.
Beliau berkata, 15 suspek ditahan di Johor, Pulau Pinang (tujuh), Kuala Lumpur (tujuh), Selangor (lima) serta masing-masing seorang di Kedah dan Perak dalam Op Kartel Daging yang dijalankan di seluruh negara pada 9 April lalu.
Katanya, tujuh lagi individu sedang diburu.
Beliau berkata, secara keseluruhan 202 syarikat pengedar dikenal pasti mengedarkan daging terbabit ke seluruh negara sejak 2018 dan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap mereka.
"Syarikat utama ialah pengimport daging sejuk beku yang sah dari Brazil. Mengikut permit pengimport, syarikat ini hanya layak mengimport sebanyak 27 tan daging bagi satu permit yang dikeluarkan.
"Bagaimanapun, siasatan mendapati syarikat ini hanya menggunakan empat daripada lima permit import yang dikeluarkan tahun 2020. Namun, mereka didapati telah mengedarkan lebih 1,000 tan kepada 202 pelanggan (pengedar) berdasarkan invois yang dirampas.
"Siasatan mendapati, keuntungan tahunan syarikat-syarikat ini (pengimport dan 19 pengedar) adalah antara RM1 juta hingga RM52 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sidang media khas tangkapan kartel daging
Mengenai modus operandi, Huzir berkata, bekalan daging sejuk beku yang dibawa dari Brazil dibungkus semula sebelum diedarkan kepada rangkaian 202 pengedar termasuk 19 syarikat yang dikenakan tindakan.
"Syarikat ini juga didapati telah menempah kotak berlogo halal untuk membungkus semula daging yang diimport dari Brazil dan yang diterima dari syarikat tempatan bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya.
Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 120 b Kanun Keseksaan.