Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tiga Individu Direman Siasatan Kes Rasuah Projek Pelitup Muka Bernilai RM9 Juta

Loading...

2 Pengarah Syarikat, Penjawat Awam Direman  

Tiga individu direman siasatan kes rasuah projek pelitup muka bernilai RM9 juta

Astro Awani
23/3/2021

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam dan dua pengarah syarikat direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes memberi dan menerima suapan berkaitan sebuah projek usahasama bagi pengeluaran pelitup muka yang dianggarkan bernilai RM9 juta.

Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa membenarkan tiga suspek berkenaan direman sehingga Isnin depan.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Penjawat awam berusia 59 tahun dan dua pengarah syarikat berusia 49 dan 51 tahun itu dipercayai menerima dan memberi suapan sebagai balasan mencadangkan pelaburan itu dalam usahasama dengan syarikat berkenaan untuk pengeluaran produk pelitup muka pada tahun lalu.

Kesemua suspek ditahan di pejabat SPRM antara jam 2 hingga 4 petang Isnin ketika hadir memberikan keterangan.

Nilai suapan masih dalam siasatan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...
Back To Top