Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 4 Mac 2021

Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 4 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

4 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,922 kes (283,629 kes kumulatif, 92.1%);
  • Kes baharu : 2,063 kes (307, 943 kes kumulatif);
  • Kes import : 9 kes (2 warganegara; 7 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 2,054 kes [1,419 warganegara (69.1%); 635 bukan warganegara (30.9%)];
  • Kes aktif : 23,161 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 193 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 99 kes; dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,153 kes kumulatif, 0.38%; 5 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 630 kes (30.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 526 kes (83.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 361 kes (17.5 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 337 kes (16.3 peratus).

Sebanyak 99 kes (4.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (57), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (19 kes), Kluster Tembok Mempaga (5 kes),  Kluster Penjara Jalan Harapan (5 kes), Kluster Tembok Bendera (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster DTI Sepang 2 (2 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pahang. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 4 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,177 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 687 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Bukit Pasir, Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor, Kluster Kampung Balibata, Kluster Jalan Usaha, Kluster Batu Enam,  Kluster Persiaran Tanjung, Kluster Kampung Pahi, Kluster Jalan Seri, Kluster Taman Bahagia, Kluster Kampung Pulau Jawa, dan Kluster Taman Amalina);
  • Jumlah kluster aktif : 490 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 76 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Lorong Bakau (90 kes), Kluster Jalan Kebun Nenas (90 kes), dan Tapak Bina Queens Waterfront (87 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu (1) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Jalan Bukit Tiga Selangor Tempat Kerja
2 Jalan Damansara Selangor Tempat Kerja
3 Industri Subang Selangor Tempat Kerja
4 Jasmine Empat Selangor Tempat Kerja
5 Lagenda Suria Selangor Tempat Kerja
6 Jalan Distripark B6 Johor Tempat Kerja
7 Jalan Maju Satu Johor Tempat Kerja
8 Jalan Kabel Gemilang Johor Tempat Kerja
9 Batu 21 Johor Tempat Kerja
10 Tapak Bina Queens Waterfront Pulau Pinang Tempat Kerja
11 Jalan Bukit Nenas Pulau Pinang Tempat Kerja
12 Tapak Bina Nilam Sari Negeri Sembilan Tempat Kerja
13 Jalan Limau Manis Johor Komuniti
14 Persiaran Kempas Baru Johor Kumpulan Berisiko Tinggi

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Mac 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 630 (2) 102,288
SABAH 78 53,216
JOHOR 255 (1) 37,241
WP KUALA LUMPUR 120 (6) 35,405
NEGERI SEMBILAN 91 16,206
PULAU PINANG 337 12,106
PERAK 101 11,665
SARAWAK 361 10,424
KEDAH 12 7,690
MELAKA 3 6,033
KELANTAN   44 5,041
PAHANG 13 3,848
TERENGGANU 10 3,233
WP LABUAN 0 2,253
WP PUTRAJAYA 7 1,080
PERLIS 1 214
JUMLAH KESELURUHAN 2,063 (9) 307,943

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 2,063 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 630 kes 
    • 134 kes daripada kluster-kluster, termasuk 73 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jasmine Empat, Kluster Lagenda Suria, Kluster Jalan Bukit Tiga, Kluster Jalan Damansara, dan Kluster Industri Subang;
    • 392 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 102 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 361 kes
    • 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 111 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 166 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 337 kes 
    • 274 kes daripada kluster-kluster, termasuk 177 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Queens Waterfront dan Kluster Jalan Bukit Nenas;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 255 kes  
    • 111 kes daripada kluster-kluster, termasuk 75 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kabel Gemilang, Kluster Jalan Maju Satu, Kluster Jalan Limau Manis, Kluster Batu 21, Kluster Jalan Distripark B6, dan Kluster Persiaran Kempas Baru;
    • 83 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 120 kes  
    • 48 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 101 kes
    • 89 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
  • Negeri Sembilan: 91 kes
    • 65 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Nilam Sari;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 78 kes 
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 44 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 13 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: 12 kes
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 10 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes 
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan lima (5) kes kematian pada 4 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1149 274797 Pahang Perempuan (WN) 79 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Penyakit darah tinggi
1150 285936 Selangor Lelaki (WN) 79 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1151 289599 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 78 Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1152 296656 Selangor Lelaki (WN) 72 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1153 304708 Selangor Perempuan (WN) 70 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER INDUSTRI SUBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Batu Tiga Lama, Taman Perindustrian Subang Utama, Shah Alam. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 47 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LAGENDA SURIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Lagenda Suria 3, off Jalan Hulu Langat, Cheras. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BUKIT TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan Bukit Angkat, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JASMINE EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jasmine 4, Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 351 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DAMANSARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pusat beli belah yang terletak di Jalan Damansara, Petaling Jaya. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA QUEENS WATERFRONT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 709 individu telah disaring, di mana 145 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DISTRIPARK B6

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/6, Zon Perindustrian Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU 21

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 21, Jalan Pontian, Kulai. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN KEMPAS BARU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-284695) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KABEL GEMILANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Gemilang 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MAJU SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Maju 1, Taman Perindustrian Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN LIMAU MANIS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kluang dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-306689) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang diadakan di Jalan Limau Manis, Kluang pada 17 Februari 2021. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KEBUN NENAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kebun Nenas, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 326 individu telah disaring, di mana 94 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA NILAM SARI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Taman Nilam Sari, Temiang, Seremban. Sehingga 4 Mac 2021, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Loading...
Back To Top