Kenyataan Akhbar KPK 3 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
3 MAC 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 3 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 2,276 kes (280,707 kes kumulatif, 91.8%);
- Kes baharu : 1,745 kes (305,880 kes kumulatif);
- Kes import : 2 kes (2 bukan warganegara)
- Kes tempatan : 1,743 kes [1,037 warganegara (59.5%); 706 bukan warganegara (40.5%)];
- Kes aktif : 24,025 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 195 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 95 kes; dan
- Kes kematian : 7 kes (1,148 kes kumulatif, 0.38%; 6 warganegara, 1 bukan warganegara).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 640 kes (36.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 503 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 376 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 139 kes (8.0 peratus).
Sebanyak 47 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (20 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (13 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan masing-masing satu (1) kes di Selangor, Sarawak, Sabah, Johor, dan Kelantan. Sebanyak enam (6) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 3 Mac 2021:
- Jumlah kluster : 1,163 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 676 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Usaha, Kluster Jalan Timah Dua, Kluster Bukit Sekubong, Kluster Jalan Kinabenua, Kluster Tapak Bina Presint Tujuh, Kluster Jalan Sejahtera, Kluster Jalan Sulaman, Kluster Jalan Menerung, Kluster Tapak Bina Sri Petaling, Kluster Jalan Keluli, Kluster Kebor Air, Kluster Jalan Rantau-Siliau, dan Kluster Seri Lanang);
- Jumlah kluster aktif : 487 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 74 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Batu Empat (198 kes), Kluster Jalan Pelabuhan (128 kes), dan Kluster Jalan DPB Lima (32 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan sembilan (9) kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu (1) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Jalan Perubatan | Selangor | Tempat Kerja |
2 | Tapak Bina Jalan MP | Selangor | Tempat Kerja |
3 | Balakong Satu | Selangor | Tempat Kerja |
4 | Jalan Utarid | Selangor | Tempat Kerja |
5 | Jalan DPB Lima | Johor | Tempat Kerja |
6 | Jalan Bachok | Kelantan | Tempat Kerja |
7 | Jalan PKNK 1/6 | Kedah | Tempat Kerja |
8 | Sri Jelutung | Pahang | Tempat Kerja |
9 | Jalan Sikamat Lama | Negeri Sembilan | Tempat Kerja |
10 | Kampung Gedang | Melaka | Komuniti |
11 | Jalan Anak Gasing | Selangor | Kumpulan Berisiko Tinggi |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
3 Mac 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 3 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 640 (2) | 101,658 |
SABAH | 95 | 53,138 |
JOHOR | 376 | 36,986 |
WP KUALA LUMPUR | 92 | 35,285 |
NEGERI SEMBILAN | 24 | 16,115 |
PULAU PINANG | 90 | 11,769 |
PERAK | 136 | 11,564 |
SARAWAK | 139 | 10,063 |
KEDAH | 40 | 7,678 |
MELAKA | 36 | 6,030 |
KELANTAN | 33 | 4,997 |
PAHANG | 36 | 3,835 |
TERENGGANU | 5 | 3,223 |
WP LABUAN | 0 | 2,253 |
WP PUTRAJAYA | 3 | 1,073 |
PERLIS | 0 | 213 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1,745 (2) | 305,880 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Kes positif 1,745 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Mac 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 640 kes
- 136 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Utarid, Kluster Jalan Anak Gasing, Kluster Tapak Bina Jalan MP, Kluster Balakong Satu, dan Kluster Jalan Perubatan;
- 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 135 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 376 kes
- 280 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan DPB Lima;
- 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 139 kes
- 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 53 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 136 kes
- 133 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 95 kes
- 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 92 kes
- 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 90 kes
- Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 40 kes
- 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan PKNK 1/6;
- Dua (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 36 kes
- 28 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Gedang; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 36 kes
- 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sri Jelutung;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 33 kes
- 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bachok;
- Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 24 kes
- 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sikamat Lama; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Lima (5) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan tujuh (7) kes kematian pada 3 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
1142 | 177654 | Sabah | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
1143 | 274751 | Kelantan | Perempuan (WN) | 50 | Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai | Obesiti |
1144 | 275846 | Selangor | Lelaki (WN) | 67 | Pusat Perubatan Universiti Malaya | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung |
1145 | 291455 | Sarawak | Perempuan (WN) | 86 | Hospital Sibu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan gout |
1146 | 299549 | Johor | Perempuan (WN) | 55 | Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
1147 | 303575 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 54 | Hospital Ampang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
1148 | 191974 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (BWN) | 71 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit darah tinggi dan strok |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER JALAN PERUBATAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Perubatan 2, Pandan Indah, Hulu Langat. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN UTARID
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Utarid U5/15, Shah Alam, Petaling. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAPAK BINA JALAN MP
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan MP, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER BALAKONG SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan KB 1/9, Kampung Baru Balakong, Hulu Langat. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN ANAK GASING
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-296200) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Anak Gasing 6/5, Petaling Jaya. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN DPB LIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/5, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 32 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN SIKAMAT LAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-294926) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Sikamat Lama, Seremban. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN PKNK 1/6
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan PKNK 1/6, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 547 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER KAMPUNG GEDANG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka, Petaling di Selangor serta Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-293609) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang berlangsung pada 14 Februari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Gedang, Alor Gajah. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SRI JELUTUNG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pekan di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-295943) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Ladang Sri Jelutung, Pekan. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 213 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN BACHOK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-293662) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Bachok, Bachok. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 105 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.