Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 24 Mac 2021

Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 24 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

24 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,083 kes (320,925 kes kumulatif, 95.3%);
  • Kes baharu : 1,268 kes (336,808 kes kumulatif);
  • Kes import : kes (4 warganegara; 1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,263 kes [946 warganegara (74.9%); 317 bukan warganegara (25.1%)];
  • Kes aktif : 14,637 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 161 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 73 kes;dan
  • Kes kematian : 2 kes (1,246 kes kumulatif, 0.37%; 2 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes (38.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 412 kes (84.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 141 kes (11.1 peratus) dan Johor sebanyak 135 kes (10.6 peratus).

Sebanyak 41 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (27 kes), Kluster Tembok Tapah (7 kes), Kluster Depot Imigresen Semuja (3 kes), Kluster DTI Sepang 2 (3 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Selangor. Kedua-dua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 24 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,314 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 919 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kubang Jambu, Kluster Jalan Geronggang, Kluster Bukit Tengah, Kluster Pangkal Changgong, Kluster Ladang Segama, Kluster Tapak Bina Jalan Abdul Aziz, Kluster Jalan Dato Yunus, dan Kluster Tapak Bina Jalan Emas);
  • Jumlah kluster aktif : 395 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 56 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Sunsuria (52 kes), Kluster Industri Permata Dua (51 kes), dan Kluster Teknologi Lot Enam (48 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan dua (2) kluster tempat kerja, dan masing-masing satu (1) kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Jalan Wawasan Dua Johor Tempat Kerja
2 Industri Permata Dua Negeri Sembilan Tempat Kerja
3 Jalan Alam Selangor Kumpulan Berisiko Tinggi
4 Chupak Sarawak Komuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Mac 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 490 113,424
SABAH 45 54,400
JOHOR 135 40,396
WP KUALA LUMPUR 53 (4) 37,342
NEGERI SEMBILAN 59 17,066
PULAU PINANG 99 14,924
SARAWAK 141 (1) 14,655
PERAK 42 12,755
KEDAH 49 8,217
MELAKA 52 6,395
KELANTAN   49 5,779
PAHANG 43 4,131
TERENGGANU 4 3,571
WP LABUAN 1 2,302
WP PUTRAJAYA 6 1,125
PERLIS 0 326
JUMLAH KESELURUHAN 1,268 (5) 336,808

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,268 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 490 kes 
    • 192 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Alam;
    • 220 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 78 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 141 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Chupak;
    • 82 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 135 kes  
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Wawasan Dua;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 99 kes 
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 61 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 59 kes
    • 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Permata Dua;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 53 kes  
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 52 kes
    • 46 kes daripada kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 49 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 49 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 45 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 43 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 42 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan dua (2) kes kematian pada 24 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1245 306023 Selangor Lelaki (WN) 77 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, gout, dan strok
1246 334582 Selangor Lelaki (WN) 43 Hopital Tanjung Karang Penyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN WAWASAN DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-332244) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 2, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat. Sehingga 24 Mac 2021, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI PERMATA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja di tiga (3) buah kilang yang terletak di Jalan Permata 2, Arab Malaysian Industrial Estate, Nilai, Seremban. Sehingga 24 Mac 2021, sejumlah 334 individu telah disaring, di mana 51 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ALAM

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322901) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Jalan Sultan Alam Shah, Banting, Kuala Langat. Sehingga 24 Mac 2021, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER CHUPAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317619) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Kampung Chupak, Siburan, Serian. Sehingga 24 Mac 2021, sejumlah 338 individu telah disaring, di mana 57 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


Loading...
Back To Top