Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 22 Mac 2021

Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 22 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

22 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,495 kes (318,784 kes kumulatif, 95.4%);
  • Kes baharu : 1,116 kes (334,156 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (5 warganegara; 3 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,108 kes [722 warganegara (65.2%); 386 bukan warganegara (34.8%)];
  • Kes aktif : 14,134 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 156 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 60 kes;dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,238 kes kumulatif, 0.37%; 4 warganegara; 1 bukan warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 403 kes (36.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 337 kes (83.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 158 kes (14.2 peratus) dan Sarawak sebanyak 124 kes (11.1 peratus).

Sebanyak 77 kes (6.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (55 kes), Kluster Tembok Tapah (8 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Jalan Awang (2 kes), Kluster DTI Machap Umboo (2 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu (1) kes di Negeri Sembilan, Sabah, Pahang, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak empat (4) kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 22 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,307 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 896 kluster (termasuk 15 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Bursa, Kluster Selambau, Kluster Jalan Air Hitam, Kluster Jun Heng, Kluster Ladang Tangkarason, Kluster Industri Serkam, Kluster Jalan Seroja, Kluster Jalan Telok Gong, Kluster Jalan Klinik, Kluster Plastik Subang, Kluster Tapak Bina Jalan Stadium, Kluster Tapak Bina Jalan Kota, Kluster Batu Dua Setengah, Kluster Perdana Tiga, dan Kluster Pasar Jalan Putra);
  • Jumlah kluster aktif : 411 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 64 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan (70 kes), Kluster Tanjung Suria (70 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (55 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kluster tempat kerja dan dua (2) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Taman Tunku WP Kuala Lumpur Tempat Kerja
2 Tapak Bina Jalan Usahawan WP Kuala Lumpur Tempat Kerja
3 Batu 22 Johor Tempat Kerja
4 Jalan Tenteram Johor Tempat Kerja
5 Jalan Kemajuan WP Labuan Tempat Kerja
6 Jalan Helang Selangor Tempat Kerja
7 Jalan Gambang Pahang Tempat Kerja
8 Industri Permata Negeri Sembilan Tempat Kerja
9 Rajang Sarawak Komuniti
10 Jalan Belimbing Johor Komuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Mac 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 403 (1) 112,309
SABAH 36 54,295
JOHOR 86 40,100
WP KUALA LUMPUR 158 (4) 37,225
NEGERI SEMBILAN 41 16,997
PULAU PINANG 88 14,725
SARAWAK 124 (3) 14,374
PERAK 39 12,709
KEDAH 27 8,117
MELAKA 12 6,298
KELANTAN   44 5,665
PAHANG 42 4,050
TERENGGANU 3 3,560
WP LABUAN 8 2,287
WP PUTRAJAYA 5 1,119
PERLIS 0 326
JUMLAH KESELURUHAN 1,116 (8) 334,156

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,116 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 403 kes 
    • 221 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Helang;
    • 116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 158 kes  
    • 110 kes daripada kluster-kluster, termasuk 73 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan dan Kluster Taman Tunku;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 124 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rajang;
    • 71 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 88 kes 
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 86 kes  
    • 38 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu 22, Kluster Jalan Belimbing, dan Kluster Jalan Tenteram;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 44 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 42 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gambang;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 41 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Permata;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 39 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 36 kes 
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 27 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 12 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kemajuan; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan lima (5) kes kematian pada 22 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1234 314510 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 52 Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
1235 321492 Sabah Lelaki (WN) 68 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1236 324929 Pahang Perempuan (WN) 84 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Penyakit darah tinggi dan dislipidemia
1237 327929 Pulau Pinang Lelaki (WN) 69 Hospital Pulau Pinang Penyakit jantung dan dislipidemia
1238 333712 WP Kuala Lumpur Lelaki (BWN) 44 Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit jantung

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN HELANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321449 dan kes ke-321450) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Helang, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN USAHAWAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Usahawan 6, Setapak, Titiwangsa. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 278 individu telah disaring, di mana 73 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN TUNKU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-329141) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah restoran  yang terletak di Taman Tunku, Bukit Tunku, Kepong. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TENTERAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327804) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Tenteram, Tanjung Puteri, Johor Bahru. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU 22

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327820) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 22, Jalan Air Hitam, Taman Wawasan, Kulai. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN GAMBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330032) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Gambang, Kuantan. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI PERMATA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Permata 1/5, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai, Seremban. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KEMAJUAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331711) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan sign off. Kluster ini melibatkan pengunjung-pengunjung dan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Kemajuan, Labuan. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RAJANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sarikei, Tanjung Manis, dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-316080) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang diadakan di Kampung Rajang, Tanjung Manis, Mukah pada 1 hingga 3 Mac 2021. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 271 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER JALAN BELIMBING

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-318632) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Belimbing, Kampung Sri Paya, Kulai. Sehingga 22 Mac 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Loading...
Back To Top