Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 20 Mac 2021

Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 21 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

21 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,247 kes (317,289 kes kumulatif, 95.3%);
  • Kes baharu : 1,327 kes (333,040 kes kumulatif);
  • Kes import : 11 kes (4 warganegara; 7 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,316 kes [861 warganegara (65.4%); 455 bukan warganegara (34.6%)];
  • Kes aktif : 14,518 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 154 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 65 kes;dan
  • Kes kematian : 4 kes (1,233 kes kumulatif, 0.37%; 4 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 356 kes (26.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 274 kes (77.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 276 kes (20.8 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 205 kes (15.4 peratus).

Sebanyak 89 kes (6.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Juru (53 kes), Kluster Tembok Tapah (31 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu (1) kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, dan Sarawak. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 21 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,297 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 881 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Pandan Ria, Kluster Lot Satu, Kluster Jalan Pelepas Empat, Kluster Jalan Badak, Kluster Jalan Kancil Waha, Kluster Sebangkoi, Kluster Tapak Bina Kasia, Kluster Wawasan Kulai, Kluster Jalan Industri Dua Belas, dan Kluster Jalan Sungai Rasa);
  • Jumlah kluster aktif : 416 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 64 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Putus (63 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Salak (62 kes), dan Kluster DTI Juru (53 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Jalan Permas Baru Johor Tempat Kerja
2 Jalan Gemilang Tiga Johor Tempat Kerja
3 Tapak Bina Jalan You City Selangor Tempat Kerja
4 Bukit Tambun Pulau Pinang Tempat Kerja
5 D Gana Sabah Komuniti

STATUS TERKINI KES-KES DAN KLUSTER-KLUSTER RENTAS NEGERI (IMPORT B)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan daripada 1 Januari 2021 sehingga 21 Mac 2021, terdapat sebanyak 3,170 kes rentas negeri (Import B). Kes rentas negeri (Import B) merujuk kepada kes-kes jangkitan COVID-19 yang dilaporkan di sesebuah negeri namun dipercayai berpunca dari negeri lain akibat daripada aktiviti rentas negeri. Tiga (3) negeri yang menunjukkan atau melaporkan bilangan kes import B tertinggi adalah Kedah sebanyak 714 kes (22.5 peratus), Perak sebanyak 582 kes (18.4 peratus), dan Negeri Sembilan sebanyak 370 kes (11.7 peratus). Graf di bawah menunjukkan kes-kes rentas negeri (Import B) mengikut negeri daripada 1 Januari 2021 sehingga 21 Mac 2021.

Kluster-kluster rentas negeri turut menunjukkan peningkatan sejak gelombang ketiga bermula iaitu pada 20 September 2020. Kluster rentas negeri merupakan kluster yang melibatkan kes indeks atau kes pertama yang dikesan mendapat jangkitan COVID-19 dari negeri lain, dan seterusnya mengakibatkan penularan jangkitan tempatan. Berikutan peningkatan kluster-kluster rentas negeri ini, Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan rentas negeri bermula pada 13 Januari 2021.

Setelah larangan tersebut dilaksanakan selama beberapa bulan, pelaporan kes-kes baharu harian negara yang melibatkan kluster-kluster rentas negeri mula menunjukkan penurunan secara konsisten. Kluster terakhir yang dilaporkan sebagai kluster rentas negeri adalah pada 30 Januari 2021 iaitu Kluster Tersat di Terengganu. Jadual di bawah menunjukkan 31 kluster rentas negeri yang telah dilaporkan dengan tiga (3) kluster yang masih aktif melaporkan kes iaitu Kluster Tembok Mempaga, Kluster Tembok Bukit Besi, dan Kluster Pasai.

Kes-kes dan kluster-kluster rentas negeri ini bukan sahaja mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19 kepada kawasan zon hijau, malah aktiviti seperti pulang ke kampung halaman juga meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 kepada golongan rentan seperti golongan warga emas dan kanak-kanak.

KKM ingin mengingatkan semua pihak dan masyarakat umum, walaupun negara sedang menunjukkan tren penurunan kes sejak beberapa minggu ini, rakyat perlu sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan dalam semua keadaan bagi memastikan usaha-usaha yang telah dijalankan tidak menjadi sia-sia. Ini termasuklah kepatuhan terhadap larangan merentas negeri kecuali jika ada perkara-perkara mustahak dan perlu mendapat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagi negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pergerakan rentas negeri adalah dibenarkan melalui Program Gelembung Pelancongan Domestik atau Travel Bubble yang membolehkan pelancong dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bergerak merentas ke negeri di bawah PKPP yang lain. Aktiviti tersebut tertakluk kepada SOP yang ketat, termasuk perlu melalui agensi pelancongan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Selain itu, rakyat perlulah mengamalkan tindakan pencegahan sebagai norma baharu kehidupan seperti yang telah disarankan oleh KKM seperti penjarakkan sosial, menjaga kebersihan diri, dan memakai pelitup muka di tempat awam.

Semoga dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia dan tindakan kesihatan awam yang sedang dijalankan, Malaysia dapat memutuskan rantaian COVID-19 dan bebas daripada pandemik ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 Mac 2021 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 356 (2) 111,906
SABAH 50 54,259
JOHOR 141 (3) 40,014
WP KUALA LUMPUR 115 (4) 37,067
NEGERI SEMBILAN 22 16,956
PULAU PINANG 205 14,637
SARAWAK 276 (2) 14,250
PERAK 55 12,670
KEDAH 30 8,090
MELAKA 10 6,286
KELANTAN   30 5,621
PAHANG 11 4,008
TERENGGANU 18 3,557
WP LABUAN 0 2,279
WP PUTRAJAYA 3 1,114
PERLIS 5 326
JUMLAH KESELURUHAN 1,327 (11) 333,040

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,327 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 356 kes 
    • 133 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina You City;
    • 141 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 80 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 276 kes
    • 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 57 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 205 kes 
    • 75 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Tambun;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 101 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 141 kes  
    • 79 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gemilang Tiga dan Kluster Jalan Permas Baruserta tiga (3) kes import dari kluster sedia ada; dan
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 115 kes  
    • 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 55 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 50 kes 
    • 25 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster D Gana;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 30 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; an
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 30 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 22 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 18 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: 11 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 10 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan empat (4) kes kematian pada 21 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1230 193709 Perak Lelaki (WN) 69 Hospital Seri Manjung Penyakit darah tinggi, dislipidemia, paru-paru obstruktif kronik (COPD), adrenal insufficiency, dan hypothyroidism
1231 292943 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 82 Hospital Ampang Penyakit darah dan jantung
1232 327082 Sarawak Lelaki (WN) 66 Hospital Sibu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1233 330689 Selangor Lelaki (WN) 73 Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi, jantung, dan paru-paru obstruktif kronik (COPD)

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN PERMAS BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-323126) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Permas 9/6, Bandar Baru Permas Jaya,  Masai, Johor Bahru. Sehingga 21 Mac 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN GEMILANG TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330895) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Gemilang Tiga, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 21 Mac 2021, sejumlah 202 individu telah disaring, di mana 53 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN YOU CITY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan You City, Batu 9, Cheras. Sehingga 21 Mac 2021, sejumlah 234 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT TAMBUN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321966 dan kes ke-321971) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Bukit Tambun, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Sehingga 21 Mac 2021, sejumlah 348 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER D GANA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328840) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Dalit Gana, Keningau. Sehingga 21 Mac 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Loading...
Back To Top