Kenyataan Akhbar KPK 2 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
2 MAC 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 2,528 kes (278,431 kes kumulatif, 91.5%);
- Kes baharu : 1,555 kes (304,135 kes kumulatif);
- Kes import : 3 kes (3 bukan warganegara)
- Kes tempatan : 1,552 kes [1,108 warganegara (71.4%); 444 bukan warganegara (28.6%)];
- Kes aktif : 24,563 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 204 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 96 kes; dan
- Kes kematian : 6 kes (1,141 kes kumulatif, 0.38%; 5 warganegara, 1 bukan warganegara).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 672 kes (43.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 573 kes (85.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 163 kes (10.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 159 kes (10.2 peratus).
Sebanyak 47 kes (3.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Tembok Taiping (9 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (8 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (4 kes), Kluster Tembok Tapah (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Perak. Sebanyak lima (5) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 2 Mac 2021:
- Jumlah kluster : 1,152 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 663 kluster (termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Kluang, Kluster Taman Sejahtera, Kluster Jalan Labuk, Kluster Jalan Ragum, Kluster Industri Indah, dan Kluster Jalan Mega);
- Jumlah kluster aktif : 489 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 75 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (56 kes), Kluster Jalan Muhibbah (49 kes), dan Kluster Jalan DPB Enam (36 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan enam (6) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Taman Alam | Selangor | Tempat Kerja |
2 | Sementa 27 | Selangor | Tempat Kerja |
3 | Jalan Mawar | Selangor | Tempat Kerja |
4 | Jalan DPB Enam | Johor | Tempat Kerja |
5 | Jalan Cyber Satu | Johor | Tempat Kerja |
6 | Persiaran Bayan Indah | Pulau Pinang | Tempat Kerja |
7 | Jalan Bukit Blossoms | Negeri Sembilan | Kumpulan Berisiko Tinggi |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 Mac 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 2 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 672 (1) | 101,018 |
SABAH | 53 | 53,043 |
JOHOR | 163 | 36,610 |
WP KUALA LUMPUR | 145 (1) | 35,193 |
NEGERI SEMBILAN | 115 | 16,091 |
PULAU PINANG | 106 | 11,679 |
PERAK | 63 | 11,428 |
SARAWAK | 159 (1) | 9,924 |
KEDAH | 11 | 7,638 |
MELAKA | 11 | 5,994 |
KELANTAN | 46 | 4,964 |
PAHANG | 3 | 3,799 |
TERENGGANU | 7 | 3,218 |
WP LABUAN | 0 | 2,253 |
WP PUTRAJAYA | 1 | 1,070 |
PERLIS | 0 | 213 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1,555 (3) | 304,135 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Kes positif 1,555 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Mac 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 672 kes
- 143 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Alam, Kluster Sementa 27, dan Kluster Jalan Mawar;
- 430 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 98 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 163 kes
- 89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cyber Satu dan Jalan DPB Enam;
- 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 159 kes
- 54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 67 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 145 kes
- 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 71 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 115 kes
- 88 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Blossoms;
- 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 106 kes
- 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Bayan Indah;
- 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 63 kes
- 51 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 53 kes
- 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 46 kes
- 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 11 kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 11 kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Tujuh (7) kes
- Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: Tiga (3) kes
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan enam (6) kes kematian pada 2 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
1136 | 170208 | Sabah | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Duchess of Kent, Sandakan | Penyakit jantung, buah pinggang kronik, dan kanser tiroid |
1137 | 264995 | Selangor | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan asma |
1138 | 287277 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 80 | Hospital Sungai Buloh | – |
1139 | 292003 | Selangor | Perempuan (WN) | 57 | Hospital Selayang | Penyakit kencing manis, dislipidemia, dan kanser pankreas |
1140 | 300878 | Selangor | Perempuan (WN) | 72 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan asma |
1141 | 302211 | Perak | Lelaki (BWN) | 44 | Jenazah dibawa ke Hospital Seri Manjung, Manjung | – |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER TAMAN ALAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Alam Megah, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN MAWAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang terletak di Jalan Mawar, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SEMENTA 27
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sementa 27/91, Shah Alam, Petaling. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN DPB ENAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/6, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN CYBER SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-297162) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 1, Kawasan Perindustrian Senai 3, Kulai. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PERSIARAN BAYAN INDAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271613) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Persiaran Bayan Indah, Barat Daya. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN BUKIT BLOSSOMS
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-300101) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan pra prosedur. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Bukit Blossoms 10, Taman Bukit Blossoms, Seremban. Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.