Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 11 Mac 2021


Kenyataan Akhbar KPK 11 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

11 MAC 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,104 kes (300,620 kes kumulatif, 94.1%);
  • Kes baharu : 1,647 kes (319,364 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (3 warganegara; 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,642 kes [1,102 warganegara (67.1%); 540 bukan warganegara (32.9%)];
  • Kes aktif : 17,544 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 147 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 61 kes;dan
  • Kes kematian : 9 kes (1,200 kes kumulatif, 0.38%; 9 warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 712 kes (43.23 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 619 kes (86.94 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 170 kes (10.32 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 169 kes (10.26 peratus).

Sebanyak116 kes (7.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes), Kluster Tembok Tapah (38 kes), Kluster Tembok Mempaga (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (2 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, dua (2) kes di Johor, dan masing-masing satu (1) kes di Perak, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 11 Mac 2021:

  • Jumlah kluster : 1,222 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 782 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Taman Bukit Petaling, Kluster Yayasan, Kluster Kampung Tanjung Selabu, Kluster Jalan Raja Muar, Kluster Jalan Berhala, Kluster Sri Menanti, Kluster Jalan Pengiran, Kluster Lebuh Karak, Kluster Tapak Bina Jalan Puchong, Kluster Tapak Bina Jalan Chulan, Kluster Sri Muda, Kluster Taman Murni, dan Kluster Taman Ikan Jinak);
  • Jumlah kluster aktif : 440 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 65 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Queens Waterfront (70 Kes), Kluster Industri Sungai Gadut (68 kes), dan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga (3) kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu (1) kluster berkaitan komuniti dan pusat tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Teknologi Tenggara Johor Tempat Kerja
2 Jalan Masyhur Enam Johor Tempat Kerja
3 Tapak Bina Jalan Kenangan Selangor Tempat Kerja
4 DTI Machap Umboo Melaka Pusat Tahanan
5 Jambatan Satu Bombalai Sabah Komuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Mac 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 712 (1) 107,117
SABAH 61 53,736
JOHOR 170 (2) 38,729
WP KUALA LUMPUR 86 (1) 36,098
NEGERI SEMBILAN 79 16,643
PULAU PINANG 169 12,968
PERAK 69 12,125
SARAWAK 168 (1) 11,878
KEDAH 18 7,797
MELAKA 71 6,142
KELANTAN   28 5,236
PAHANG 7 3,928
TERENGGANU 4 3,342
WP LABUAN 1 2,265
WP PUTRAJAYA
Loading...
style="border: 1px solid rgb(230, 230, 230); padding: 10px 13.3333px;">2 1,094 PERLIS 2 266 JUMLAH KESELURUHAN 1,647 (5) 319,364

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,647 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Mac 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 712 kes 
    • 141 kes daripada kluster-kluster, termasuk 31 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kenangan;
    • 478 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 92 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 170 kes  
    • 102 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Masyhur Enam dan Kluster Teknologi Tenggara;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 169 kes 
    • 107 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 168 kes
    • 42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 94 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 86 kes  
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 79 kes
    • 73 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 71 kes
    • 68 kes daripada kluster-kluster, termasuk 67 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DTI Machap Umboo; dan
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak: 69 kes
    • 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 61 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jambatan Satu Bombalai;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 28 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 18 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • PahangTujuh (7) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes  daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan sembilan (9) kes kematian pada 11 Mac 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1192 209050 Perak Perempuan (WN) 58 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik
1193 267640 Selangor Lelaki (WN) 64 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, dan strok
1194 292849 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 67 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1195 298748 Selangor Lelaki (WN) 78 Hospital Serdang Penyakit darah tinggi dan jantung
1196 312014 Selangor Lelaki (WN) 71 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1197 313561 Selangor Lelaki (WN) 73 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1198 314337 Johor Perempuan (WN) 75 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1199 314949 Kelantan Perempuan (WN) 48 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1200 317110 Johor Perempuan (WN) 58 Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat Penyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN KENANGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Kenangan, Pekan Meru KU/8, Klang. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEKNOLOGI TENGGARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312773) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MASYHUR ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Masyhur 6, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 173 individu telah disaring, di mana 52 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DTI MACHAP UMBOO

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan di DTI Machap Umboo yang terletak di Jalan Alor Gajah-Selandar, Kampung Permai, Alor Gajah. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 530 individu telah disaring, di mana 83 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JAMBATAN SATU BOMBALAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-296950) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Jambatan 1, Bombalai, Kalabakan. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Loading...
Back To Top